Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019
Memaparkan catatan dengan label Badminton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Badminton. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2019

Pemain badminton negara dari Sabah terlibat kemalangan


Pemain badminton negara dari Sabah terlibat kemalangan



Berita terkini pemain badminton kelahiran Sabah telah terlibat dengan kemalangan. Pemain beregu lelaki profesional negara, Nur Azryn Ayub kini stabil setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada malam Selasa, apabila kereta yang dipandu hilang kawalan secara tiba-tiba dan hampir meragut nyawa. Difahamkan keadaan Azryn dalam keadaan stabil dan diharapkan agar cepat sembuh.

Dalam acara bergu Azryn berpasangan dengan Arif Latif dan bergerak secara profesional sejak beberapa tahun yang lalu. Sebelum beralih ke acara bergu, Azryn bermain dalam acara perseorangan lelaki.
Share:

Khamis, 21 Februari 2019

Datu Mohd Shah Eizlan Sardik dari Sabah tewaskan Lee Zii Jia

Datu Mohd Shah Eizlan Sardik dari Sabah tewaskan Lee Zii Jia



Kejutan terbesar berlaku dalam Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 apabila sandaran utama perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, terkandas dalam pusingan kedua setelah tewas di tangan pemain tidak ternama, Datu Mohd Shah Eizlan Sardik. Saingan yang berlangsung di Arena Badminton Perak itu menyaksikan Zii Jia diletakkan selaku harapan besar untuk mengungguli saingan edisi kali ini berdasarkan ranking dunia yang menyaksikan dia kini berada di atas Liew Darren dan jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, serta ketiadaan juara bertahan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, yang tidak mengambil bahagian.
Bagaimanapun, Zii Jia yang juga naib juara edisi lalu bergelut ketika berdepan Eizlan yang mewakili Sabah sejak set pertama dan akhirnya tumpas dengan keputusan 19-21. Biarpun jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, cuba memberi panduan kepada Zii Jia di dalam gelanggang, dia masih belum dapat mempamerkan prestasi terbaik dan akhirnya ditunjukkan jalan keluar setelah tewas dalam set kedua 14-21. Bagi Eizlan, keputusan itu merupakan kejayaan terbesar dalam kariernya sebagai pemain badminton yang kini berada di ranking ke-397 dunia.

"Mungkin seperti saya katakan, saya tidak begitu fokus sehingga ada banyak kesilapan. Tekanan memang ada tetapi ia bukan satu pengakhiran buat saya," kata Zii Jia. "Saya hanya fokus permainan saya. Sebelum ini ,saya sudah tewas di tangannya beberapa kali, jadi kali ini saya hanya fokus dengan permainan sendiri," ujar Eizlan.
---- Stadiumastro 
Share:

Khamis, 22 November 2018

Choong Hann mula perhalusi masalah pemain


WONG Choong Hann - Foto HAFIZ SOHAIMI

Choong Hann mula perhalusi masalah pemain



KUALA LUMPUR: Peralihan pemain badminton remaja ke skuad senior perlu dilengkapi dengan pemikiran yang betul selain kemahiran, sekiranya mereka mahu mencabar pemain terbaik dunia.



Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, pemain perlu mendapat gabungan ramuan yang betul, tidak boleh kekal enggan mengambil risiko atau erti kata lain tersekat di ‘generasi sandwic’.



ADVERTISING


Pemain seperti ini tidak akan menjadi pemain terbaik dan mereka juga tidak banyak membantu pemain di bawah mereka.




“Saya percaya (Goh) Jin Wei mempunyai ramuan untuk menjadi pemain terbaik,” kata Choong Hann mengulas kejayaan pemain perseorangan wanita negara yang meraih gelaran kali kedua pada Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada, Ahad lalu.



“Sudah tentu, saya juga sudah mengadakan perbincangan singkat dengan ketua jurulatih perseorangan wanita (Datuk Tey Seu Bock) untuk menyediakan program untuknya.



“Kami masih dalam perbincangan untuk memuktamadkannya jadi saya akan memberi komen lanjut apabila ia sudah selesai.



“Begitupun, saya perlu menyatakan kami mesti berusaha mengubah pemikiran dan kemahiran pemain sebelum bercakap mengenai strategi permainan. Kami perlu melengkapkan mereka dengan senjata yang betul sebelum pergi berperang.



“Bayangkan saya mahu berlumba dengan Ferrari apabila saya hanya memandu Kancil. Sekalipun saya menggandakan latihan saya, saya tetap akan kalah. Saya perlu memandu Porsche sebelum saya mampu berlumba dengan Ferrari.



“Persamaannya, kami perlu mengkaji setiap pemain untuk mengetahui apa yang terbaik untuk mereka,” kata Choong Hann ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini.



Choong Hann yang juga bekas pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2003 percaya masalah kebanyakan pemain negara adalah mereka terlalu selesa.



- bharian.com.my
Share:

Rabu, 21 November 2018

Jin Wei perlu ubah minda, ganda latihan


JAMES Selvaraj

Jin Wei perlu ubah minda, ganda latihan



KUALA LUMPUR: Goh Jin Wei perlu mengubah pemikirannya dan menggandakan program latihan jika mahu bergelar pemain badminton berkelas dunia.



Pandangan itu disuarakan oleh bekas Pengarah Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, susulan kejayaan pemain berusia 18 tahun itu merangkul gelaran dunia kedua di Kejohanan Dunia Remaja, Ahad lalu.



Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menewaskan pemain Denmark, Line Christophersen 21-13, 21-11 di pentas final dalam acara perseorangan wanita di Markham, Kanada sekali gus mengulangi pencapaian yang diraihnya tiga tahun lalu di Lima, Peru.




Selepas Malaysia sering merangkul beberapa kejayaan bertaraf dunia dan Asia di peringkat remaja sebelum ini, James percaya segala-galanya ketika ini bergantung kepada pemikiran pemain terutama apabila peralihan ke peringkat senior.



“Segala-galanya kini bergantung di tangan Jin Wei. Dia perlu berfikir sebaik-baiknya mengenai di mana dia mahu berada selepas ini. Dia perlu melupakan yang dia adalah juara remaja dunia dan bergerak ke depan.



“Dia perlu menggandakan program latihannya dan bekerja lebih keras kerana jurang di antara tahap junior dan senior terlalu besar. Jurulatihnya perlu mengetahui apakah kekuatannya dan kelemahannya dan menyediakan program latihan baharu untuknya.



“Dia perlu bermain dengan bersungguh-sungguh, memperbaiki kualiti pukulannya dan kepantasannya di atas gelanggang. Lihat kepada pemain Taiwan Tai Tzu Ying dan pemain Sepanyol Carolina Marin. Kerja keras mereka di atas gelanggang amat menakjubkan,” kata James.



James juga menambah Jin Wei perlu cuba untuk mengikuti langkah pemain Jepun, Nozomi Okuhara dan Akane Yamaguchi yang kedua-duanya sebelum ini pernah meraih gelaran juara remaja dunia.



“Jika kamu ingat, kedua-duanya Okuhara dan Yamaguchi secara fizikal agak besar, tetapi mereka kini cukup cemerlang dan mempunyai skil yang tinggi, dan berlari di seluruh gelanggang tanpa had. Jin Wei perlu mengikutinya.



“Jurulatih juga perlu mencadangkan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan untuk mula memberi pendedahan kepada pemain remaja ini ke kejohanan lebih besar.



“Secara peribadi, saya fikir ia satu pembaziran masa jika kamu hanya mahu mengumpul mata dengan menjadi juara di kejohanan bertahap rendah. Berikan mereka peluang beraksi di kejohanan besar. Jika ada 12 kejohanan Siri Super, pastikan mereka bermain sekurang-kurangnya tujuh kejohanan setahun.



“Kita juga memerlukan pakar psikologi yang betul untuk bersama pemain ini. Tidak apa jika tewas pada pusingan pertama dan kedua bagi permulaan, tetapi pakar psikologi ini perlu membimbing mereka untuk menjadi lebih baik. Begitulah cara kamu melahirkan juara,” kata James.



Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai, mengesahkan keseluruhan pemain negara dalam skuad remaja dunia termasuk pemain pemain profesional, Aidil Sholeh Ali Sadikin akan diserap ke skuad senior.



“Selain Jin Wei dan beregu wanita (Pearly Tan-Toh Ee Wei), keseluruhan skuad akan diserapkan ke pasukan senior dalam tempoh percubaan selama tiga bulan. Kami akan menilai mereka dan melihat sejauh mana mereka boleh pergi.



“Kami juga gembira untuk mengumumkan yang Aidil akan menyertai kami pada minggu depan.”



- bharian.com.my
Share:

BAM mahu hapus sindrom "generasi sandwich"

BAM mahu hapus sindrom "generasi sandwich"



Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) , Datuk Ng Chin Chai, mahu membasmi sindrom "generasi sandwich" supaya barisan pelapis masa depan mampu meneruskan kesinambungan kejayaan badminton negara.

Malaysia tidak menghadapi masalah untuk melahirkan jaguh di peringkat remaja tetapi apabila beralih ke tahap senior, mereka seakan-akan gagal untuk mencapai potensi.

Situasi itu disifatkan sebagai "generasi sandwich" dan BAM sedang cuba untuk membendung perkara tersebut.

Chin Chai mengumumkan kesemua 12 pemain remaja yang beraksi tempoh hari akan dijemput bagi menjalani latihan selama tiga bulan bersama kem kebangsaan.

Mereka akan dinilai dan jika prestasi memuaskan, mereka akan diserap menjadi sebahagian daripada skuad negara dan dihantar beraksi dalam beberapa kejohanan peringkat cabaran dan siri antarabangsa.

"Sesetangah pemain menganggap mereka dapat mengekalkan prestasi peringkat remaja ke saingan senior.

"Mereka tidak boleh kekal di takuk lama andai mahu menyerlah di peringkat senior.

"Jika tidak, mereka akan berdepan kekecewaan dalam tempoh beberapa tahun mendatang apabila tiba pemain-pemain muda lain yang lebih menyerlah," kata Chin Chai.

Bagaimanapun, tempoh percubaan itu dikecualikan terhadap Goh Jin Wei serta pasangan beregu wanita, Pearly Tan-Toh Ee Wei, yang sudah mendapat tempat dalam skuad senior.

"Kami akan menilai kemampuan mereka dalam tempoh tiga bulan," tambah Chin Chai.

"Kami akan memberikan peluang sama rata buat kesemua pemain.

"C&T sudah mengumumkan bahawa hanya tiga passangan terbaik akan kekal dalam kelompok pemain senior," tambahnya.


- stadiumastro
Share:

Arkib Blog