Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019
Memaparkan catatan dengan label EPL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EPL. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mac 2019

'Ini aksi paling buruk kami'

PENGURUS sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer jelas kecewa anak buahnya tewas kepada Wolves. - Foto Reuters

'Ini aksi paling buruk kami'



WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United menampilkan persembahan terburuknya sepanjang dia menjadi pengendali pasukan itu yang menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Piala FA selepas kekalahan 2-1 kepada Wolves pada aksi suku akhir di Stadium Molineux.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut Solskjaer selepas tewas kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, bagaimanapun pengendali sementara yang menggantikan Jose Mourinho itu masih bersemangat untuk memburu tiket Liga Juara-Juara musim depan dengan memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga dan mengatasi Barcelona di pentas suku akhir kejohanan Eropah itu musim ini.

“Hari ini adalah persembahan terburuk kami sejak saya berada di sini,” kata Solskjaer yang menyaksikan Wolves mendahului mereka dengan dua gol dalam tempoh enam minit di babak kedua menerusi Raul Jiminez dan Diogo Jota, sebelum Marcus Rashford merapatkan jurang dalam masa kecederaan.
“Ia satu langkah ke belakang. Tidak ada kesungguhan untuk menyerang dan hantaran ke depan serta kurang penguasaan. Kami merasa terlalu selesa dengan kawalan dan tidak pernah memberi tekanan kepada penjaga gol dan pertahanan mereka.

“Tetapi kami mempunyai kedudukan yang bagus dalam liga, kami masih mempunyai Liga Juara-Juara. Manchester United sentiasa kembali pada prestasi mereka menjelang April dan Mei.”

Pengendali Wolves Nuno Espirito Santo gembira selepas pasukannya mara ke separuh akhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.

“Ia amat bermakna. Piala FA adalah kejohanan tertua dan kami bermain dengan baik,” kata Santo.

“Kami kini perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya.” – AFP
Share:

Ahad, 3 Mac 2019

FA lancar pasukan bola sepak maya





FA lancar pasukan bola sepak maya


FA England melancarkan pasukan bola sepak maya dikenali sebagai eLions yang kini dalam percubaan mencari bakat baru untuk ke pertandingan Piala eNations FIFA yang akan berlangsung April depan, umum badan bola sepak Inggeris itu, semalam.



Justeru, anak syarikat FA, ESL akan memilih calon terbaik menerusi perlawanan peringkat kelayakan secara dalam talian sebelum pertandingan secara langsung diadakan di London pada 14 Mac.



Pertandingan itu terbuka kepada peserta FIFA berusia 16 tahun ke atas yang berpangkalan di England dan mesti menggunakan PS4 atau Xbox One.




"Pemilihan ini peluang menarik buat penyokong Three Lions membantu lembaran baharu untuk sejarah England sekali gus menambah kestabilan dan kekuatan 29 pemain kebangsaan kita,” kata Ketua Pegawai Komersial dan Pembangunan FA, Mark Bullingham menerusi kenyataan yang boleh diakses menerusi laman web http://www.thefa.com/news/2019/mar/01/england-esports-announcement-010319.



"FA berasa bangga dengan pemodenan dan menjadi organisasi inovatif yang mampu memenuhi aspirasi semua peminat bola sepak di semua peringkat generasi.”



Kejohanan eNations FIFA itu adalah kejohanan jemputan yang disertai 16 pasukan kebangsaan.



"Pembabitan pasukan dalam pertandingan ini adalah langkah signifikan selaras dengan hasrat pembangunan sukan bola sepak maya (eFootball) FIFA di peringkat global,” kata Ketua Pegawai Tranformasi Digital dan Inovasi FIFA, Luis Vicente.



"Selepas kejayaan menubuhkan kelab bola sepak (eClub) untuk ke Piala Dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami kini sedang merancang menyatukan pertandingan peringkat kebangsaan ini dalam portfolio eBolasepak kami pula.” – Reuters
Share:

Jumaat, 1 Mac 2019

Son Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris

Son Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris



Son (kiri) bersama Ginola. FOTO REUTERS


PEMAIN Tottenham Son Heung-min meraih gelaran Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Anugerah Bolasepak London (LFA) 2018/19.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu menyerlah sebagai pemain utama skuad Spurs sepanjang musim ini.

Dia meledak 16 kali dan melakukan sembilan bantuan kepada rakan sepasukan dalam 34 penampilan. Son yang membantu negaranya menang pingat emas Piala Asia tahun lalu, mengatasi cabaran rakan sepasukan Spurs, Harry Kane, penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan perancang Chelsea, Eden Hazard untuk mendapat anugerah itu.


Undian dilakukan oleh 22 panel pakar termasuk Bobby Zamora, Bob Wilson dan Tony Cottee.

Son menerima anugerah yang disampaikan oleh bekas pemain handalan Tottenham, David Ginola, semalam.

“Ia begitu bermakna,” kata Son.

“Buat saya, ia istimewa, anugerah pertama saya dari jenis ini.

“Ramai pemain tidak dapat anugerah seumpama ini jadi bagi saya ia sangat, sangat istimewa terutamanya kerana disebabkan nama-nama besar pernah memenanginya sebelum ini. Gembira sangat dapat memenanginya”.

Bos Spurs, Mauricio Pochettino turut menerima anugerah selaku pengurus terbaik yang disampaikan oleh Osvaldo Ardiles.



---- hmetro


Share:

Jumaat, 4 Januari 2019

City beri Liverpool kekalahan pertama liga


PEMAIN Liverpool, James Milner (kiri) diasak pemain Manchester City, Leroy Sane pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, sebentar tadi. - Foto EPA

City beri Liverpool kekalahan pertama liga



MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City memberikan Liverpool kekalahan pertama dalam Liga Perdana musim ini, untuk menghidupkan peluang mempertahankan gelaran selepas kejayaan 2-1 di Etihad, sebentar tadi.



City kini mengejar skuad kendalian Jurgen Klopp dengan hanya perbezaan empat mata, hasil jaringan kemenangan Leroy Sane, 18 minit sebelum tamat perlawanan, selepas Roberto Firmino menyamakan jaringan Sergio Aguero pada babak pertama buat tuan rumah.



Aguero membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-40, sebelum Firmino mengikat kedudukan pada minit ke-64, namun Sane muncul wira City apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-72.

Sembilan kemenangan berturut-turut memberikan Liverpool kelebihan di persada liga ketika mereka bersedia menghampiri gelaran pertama sejak 1989/90, terutama selepas City mengalami kekalahan berturut-turut di tangan Crystal Palace dan Leicester sebelum memulakan musim perayaan.



PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero (kiri) diasak pemain Liverpool, Dejan Lovren pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, sebentar tadi. - Foto AFP



Dengan kedua-dua pasukan tidak akan bertemu lagi dalam saingan liga, kini nasib Liverpool masih bergantung kepada mereka sendiri, tetapi mereka kini berdepan tekanan City yang mencipta gelaran dengan rekod 100 mata musim lalu.



Pada pertembungan pertama musim ini, kedua-dua pasukan terikat di Anfield.



Jurgen Klopp sudah menjangkakan bakal dilanda “ribut” pada permulaan aksi daripada pasukan juara itu, untuk menyamai pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara antara kedua-dua pasukan musim lalu, apabila City mendahului sebelum Liverpool bangkit untuk menang 2-1 dan 5-1 secara agregat.



Bagaimanapun, di sebalik dominasi City pada pertembungan tadi, Liverpool tampak lebih menyerlah pada babak permulaan.



Dan Liverpool tidak bernasib baik untuk mendahului pada minit ke-19, apabila Sadio Mane menyambar hantaran Mohamed Salah, namun sepakannya terkena palang.



Liverpool masih kekal di puncak liga dengan meraih 54 mata selepas mengharungi 21 perlawanan, City di tangga kedua (50 mata) diikuti Spurs (48 mata) - AFP

Share:

Jumaat, 16 November 2018

EPL guna VAR musim depan


Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang digunakan ketika Piala Dunia Russia 2018. - Foto scmp.com

EPL guna VAR musim depan



LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris secara prinsipalnya sudah bersetuju memperkenalkan Sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) bermula saingan musim depan.



Setakat ini, liga utama di Sepanyol, Itali dan Jerman sudah menggunakan VAR, yang membolehkan pengadil menilai insiden di padang menggunakan rakaman video, dan teknologi yang sama digunakan di Piala Dunia, Russia, tahun ini.




Kelab di England diberikan tempoh percubaan penggunaan VAR pada musim ini, melalui perlawanan di pentas Piala FA dan Piala Liga.




“Liga Perdana kini membuat permohonan rasmi kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa dan badan induk (FIFA) untuk menggunakan VAR pada musim depan,” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan, hari ini.



Setakat ini, Liga Perdana hanya menggunakan teknologi garisan gol sejak tahun 2013.



Keputusan terkini itu dilakukan selepas timbul perbalahan mengenai mutu dan sistem pengadilan ketika perlawanan Southampton dan Watford, yang berkesudahan seri 1-1, pada hujung minggu lalu.



Penyerang Southampton, Charlie Austin meminta penggunaan VAR diperkenalkan selepas golnya dibatalkan pengadil, Simon Hooper yang mendakwa jaringan dilakukan pada kedudukan ofsaid.



Pengenalan teknologi itu (VAR) juga adalah hasil undian majoriti ketika kempen musim 2018-19, berbanding undian sebelum ini yang hanya bersetuju supaya sistem terbabit diteruskan sebagai ujian. – Reuters
Share:

Khamis, 1 November 2018

Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa


AIYAWATT bertekad meneruskan legasi ayahnya. - Foto AFP

Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa

Artikel lain:
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019

LONDON: Naib Presiden Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha memberi penghormatan terakhir penuh emosi dan bertekad meneruskan legasi ayahnya.



Vichai ahli perniagaan dari Thailand yang juga Pengerusi Foxes terbunuh bersama empat lagi penumpang apabila helikopter mereka terhempas di luar Stadium King Power selepas tamat perlawanan menentang West Ham, Sabtu lalu.



Aiyawatt dan ibunya Aimon meletakkan kalungan bunga di stadium itu sambil membaca mesej. Di sampingnya ratusan bunga, baju dan skarf ditaburkan peminat sebagai mengenang jasa pengasas King Power International Bebas Cukai yang disanjung tinggi penyokong Leicester.







"Saya berterimakasih kepada semua orang yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” kata Aiyawatt dalam kenyataannya.



"Terima kasih juga kepada Polis Leicestershire dan pasukan kecemasan. Tindakan pantas mereka menyelamatkan orang ramai daripada turut menjadi mangsa selain tindakan profesional dan sensitiviti mereka beberapa hari ini.”



"Apa yang berlaku menyedarkan saya betapa pentingya bapa saya kepada ramai orang di seluruh dunia dan saya sangat tersentuh dengan penghormatan yang mereka berikan.”



AIYAWATT dan ibunya, Aimon (kiri) memberikan penghormatan di Stadium King Power. - Foto AFP





Vichai membeli Leicester City pada 2010 dan kemudiannya menggegarkan bola sepak Inggeris dengan muncul juara Liga Perdana pada 2016.



"Saya sangat bangga mempunyai ayah yang luar biasa. Daripadanya saya mempunyai misi besar dan legasi yang perlu diteruskan dan saya tekad menjalankan tugas dengan sebaiknya,” katanya lagi.



"Dia menyayangi keluarganya dan menjadikan Leicester City anggota keluarga. Tiada yang lebih membanggakannya apabila melihat keluarga Leicester City ini menyokong sesama sendiri ketika masa sukar.”



Selepas selesai tugas forensik, Polis Leicestershire mengesahkan Vichai salah seorang daripada lima yang terkorban.



"Proses mengenal pasti indentiti empat yang lain dipercayai Nusara Suknamai, Kaveporn Punpare, Eric Swaffer dan Izabela Roza Lechowicz masih diteruskan," menurut jurucakap polis.



Leicester pula mengesahkan aksi Liga Perdana menentang Cardiff City pada Sabtu ini akan diteruskan selepas aksi Piala Liga menentang Southampton semalam ditunda. - REUTERS
Share:

Isnin, 15 Oktober 2018

Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL

Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL




Sturridge kembali beraksi selepas berdepan dengan kecederaan.




SKUAD Liverpool terkenal dengan corak latihan lasak dan bergerak pantas di bawah pengurusan Jurgen Klopp.

Namun berdasarkan data Opta (analisis prestasi sukan) yang diterima Mirror, dua daripada sepuluh pemain yang berlari paling perlahanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dimiliki The Reds.

Antaranya ialah Daniel Strurridge yang baharu kembali daripada musim kecederaan dan dipinjamkan ke West Brom sebelum ini.

Pemain berusia 29 tahun itu merakam kepantasan larian dengan 27.96 km/j dalam enam aksi liga setakat ini.

Artikel Pilihan:
Pasukan England belum setanding Sepanyol
Biraghi selamatkan Itali
KBS sahkan berita tular tiga pemain futsal dipanah petir
Namun rekod itu sekurang-kurangnya lebih pantas daripada rakan sepasukannya Adam Lallana yang mencatat larian 26.89km/j hanya dalam tempoh tiga minit beraksi.



Garu Cahill

Top 10 pemain berlari paling perlahan di EPL

1. Gary Cahill (Chelsea) – 26.34 km/j

2. Adam Lallana (Liverpool) – 26.89 km/j

3.Grady Diangana (West Ham) – 26.91 km/j

4. Dwight McNeil (Burnley) – 26.94 km/j

5. Luke Amos (Tottenham) – 27.19 km/j

6. Vicente Iborra (Leicester) – 27.49 km/j

7. Ramadan Sobhi (Huddersfield) – 27.54 km/j

8. Romain Saiss (Wolves) – 27.64 km/j

9. Daniel Sturridge (Liverpool) – 27.96 km/j

10. Kevin Long (Burnley) – 28.00 km/h


Kredit: Mstar.com.my



Share:

Jumaat, 14 September 2018

Jadual perlawanan ke-5 Liga Perdana Inggeris

Jadual perlawanan ke-5 Liga Perdana Inggeris




Baca juga:
Contohi Shahrel penyerang berbakat Malaysia
Tiada perubahan jadual Piala Malaysia
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari


Berikut Jadual perlawanan ke-5 Liga Perdana Inggeris:-


Kepada peminat bola sepak EPL, jangan lupa berada di depan TV untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran anda. Selepas demam Piala Dunia, sekarang ini kembali dengan satu penyakit berjangkit DEMAM EPL 2018/19.

Sabtu, 15 September


Tottenham Hotspur lwn Liverpool (7.30mlm)

Bournemouth lwn Leicester City (10mlm)

Chelsea lwn Cardiff City (10mlm)

Huddersfield Town lwn Crystal Palace (10mlm)

Manchester City lwn Fulham (10mlm)

Newcastle lwn Arsenal (10mlm)

Ahad, 16 September


Watford lwn Manchester United (12.30pg)

Wolvehampton Wanderers lwn Burnley (8.30mlm)

Everton lwn West Ham United (11mlm)

Share:

Man City raih pendapatan RM2.72 bilion



Man City raih pendapatan RM2.72 bilion

Baca juga:
Tiada perubahan jadual Piala Malaysia
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari


LONDON: Juara Inggeris Manchester City merekodkan pendapatan £500.5 juta pound (RM2.72 bilion) pada kempen 2017/18 ketika skuad kendalian Pep Guardiola menakluk Liga Perdana Inggeris dengan rekod 100 mata.



City dilaporkan meraih keuntungan £10.4 juta pound (RM56.59 juta), keuntungan buat tahun keempat berturut-turut dengan bayaran gaji kepada nisbah pendapatan jatuh kepada 52 peratus.



“Perjalanan kami masih belum lengkap dan kami mempunyai banyak lagi sasaran untuk dipenuhi,” kat Pengerusi, Khaldoon Al Mubarak yang meraikan sedekad pengambilan City.




ADVERTISING


“Tiada sebarang keraguan yang kami sedang menuju ke hadapan untuk menghadapi cabaran musim baharu dan seterusnya dengan komitmen dan keinginan yang sama sejak 10 musim sebelum saya tiba.”



Sebelum diambil alih oleh jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour, pendapatan City pada musim 2007/08 adalah £87 juta pound (RM473.38 juta).



Sebelum ini, kerugian besar dicatatkan berjumlah £584 juta pound (RM317 bilion) sepanjang tempoh enam tahun pengambilalihan berikutan pelaburan besar terhadap pembelian pemain dan kemudahan termasuk pusat latihan Etihad Campus bernilai £200 juta pound (RM1.08 bilion).



Begitupun, susulan peningkatan pendapatan televisyen yang mendadak, penajaan komersial dan menjadi pasukan tetap di kancah Liga Juara-Juara, City kini sedang mengejar beberapa kelab gergasi dunia seperti Manchester United, Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich dari sudut keuntungan, menurut pakar kewangan bola sepak, Deloitte. - REUTERS




487 dibaca




Trending

Pelawak Accapan meninggal dunia

2 'tukang panggang' kucing ditahan

PM setuju, kamu sibuk sebab apa - Anwar Ibrahim

Pengsan digigit semut api

Pemandu lemas kereta terbalik dalam parit


Disyorkan

Trio Brazil kembali perkasa Reds

Peluang Delph, Foden pikat Guardiola

Atletico belum 'panas'

Lewandowski tetap 'bernafsu'

Balotelli semakin tembam

Misi getir Mourinho

Carlota, Maria kongsi pendahulu

Aubameyang, Lacazette sandaran Gunners

Cheryshev bebas doping

Puel yakin Maguire komited di Leicester

Ramalan minggu ke-5 EPL

Lloris kekal kapten Spurs – Pochettino

'Mereka Punya Masalah Mental' – Presiden Kelab Kucing Malaysia Gesa Pihak Berkuasa Kenakan Hukuman



© 2018 BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group.



Share:

Khamis, 6 September 2018

SAKSIKAN BLUNDER PENJAGA GOL TERMAHAL LIVERPOOL ALISSON BACKER



Baca juga:
Dollah tagih bisa Cruz
Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng- Afif
Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018

SAKSIKAN BLUNDER PENJAGA GOL TERMAHAL LIVERPOOL ALISSON BACKER


Saksikan blunder penjaga gol termahal Liverpool Alisson Backer ketika menentang Leichester. Walaupun dalam perlawanan tersebut Liverpool menang 2-1 tetapi sumpahan kesilapan penjaga gol Liverpool menghantui pasukan.

Gol Leichester dijaringkan oleh Rachid Ghezzal pada minit ke 63, manakala gol Liverpool dijaringkan oleh  Sdio Mane minit ke 10 dan Roberto Firmino minit yang ke 45.
Share:

Shaw: Kaki saya hampir dipotong

Shaw: Kaki saya hampir dipotong




Baca juga:
Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng- Afif
Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018

Bek kiri Manchester United, Luke Shaw, mendedahkan dia hampir kehilangan kakinya selepas mengalami patah kaki ketika aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan PSV pada 2015.

Shaw kembali menemui sentuhan dan menyertai skuad England berikutan permulaan yang cemerlang bersama United tetapi cerita berbeza mungkin terjadi kepadanya selepas insiden yang berlaku tiga tahun lalu itu.

Terjahanan daripada pertahanan PSV, Hector Moreno, menyaksikan Shaw patah kaki dan terpaksa meninggalkan padang dengan bantuan pernafasan.

Membuat persiapan menghadapi aksi Liga Negara-Negara UEFA berdepan Switzerland pada 11 September ini, Shaw, yang kembali beraksi buat kali pertama sejak tahun lalu, berkata, "Saya tidak jujur jika kadang-kala terfikir tentang berhenti bermain bola sepak tetapi saya memiliki ramai kawan-kawan dan keluarga yang banyak membantu saya.

"Saya hampir kehilangan kaki saya. Saya tidak mengetahuinya sehingga doktor memberitahu saya -- enam bulan selepas insiden itu berlaku.

"Jika mengetahui perkara ini sekalipun, ia tidak akan menghalang saya untuk terus bermain.

"Saya mahu bermain dalam saingan terbesar, memenangi gelaran. Ia adalah motivasi saya dan mahu menjadi salah seorang bek kiri terbaik dunia."
Share:

Jumaat, 31 Ogos 2018

Piala EFL: Liverpool sambut Chelsea, Mourinho berdepan Lampard

Piala EFL: Liverpool sambut Chelsea, Mourinho berdepan Lampard



Liverpool dan Chelsea berdepan permulaan sukar dalam kempen Piala Liga Inggeris (EFL) selepas masing-masing diundi bertemu satu sama lain dalam pusingan ketiga sementara Frank Lampard akan menghadapi bekas jurulatihnya, Jose Mourinho.

Chelsea mara ke separuh akhir musim lalu sebelum kalah 1-2 secara agregat kepada Arsenal yang ditewaskan Manchester City dalam final.

Kali terakhir pertemuan Piala EFL melibatkan pertembungan kedua-dua pasukan berlaku pada Januari 2015 -- Chelsea mara hasil agregat 2-1 dalam laluan mereka menjulang piala berkenaan.

Perlawanan pusingan ketiga dijangka bermula 24 September nanti, ini bermakna kunjungan Chelsea ke Liverpool berlangsung beberapa hari sebelum pertemuan aksi Liga Perdana di Stamford Bridge, lima hari kemudian.

Salah satu undian tersebut membabitkan kunjungan Derby County ke Manchester United sambil Lampard -- yang menikmati kejayaan besar sebagai pemain Chelsea di bawah kendalian Mourinho -- bersedia untuk menghadapi jurulatih Portugis itu buat kali pertama.

Juara bertahan, Manchester City, akan menghadapi wakil Liga Satu, Oxford United, dalam permulaan mereka mempertahankan gelaran sementara pasukan yang mereka kalahkan di Wembley pada Februari lalu -- Arsenal -- akan menjadi tuan rumah kepada Brentford.

Tiga pertemuan turut membabitkan pertembungan sesama pasukan Liga Perdana, termasuk Wolves yang akan mengalu-alukan Leicester City, Everton menjadi tuan rumah kepada Southampton manakala Watford menuju ke Tottenham, yang memohon untuk mengadakan aksi di stadium berkecuali susulan tidak dapat menggunakan Wembley dan gelanggang baru mereka.

Jadual penuh pusingan ketiga EFL:

West Brom lawan Crystal Palace
Arsenal lawan Brentford
Burton Albion lawan Burnley
Wycombe Wanderers lawan Norwich City
Oxford United lawan Manchester City
West Ham lawan Macclesfield
Millwall lawan Fulham
Liverpool lawan Chelsea
Bournemouth lawan Blackburn Rovers
Preston North End lawan Middlesbrough
Wolves lawan Leicester City
Tottenham lawan Watford
Blackpool lawan QPR
Everton lawan Southampton
Manchester United lawan Derby County
Nottingham Forest lawan Stoke City
Share:

Isnin, 27 Ogos 2018

Keputusan Liga Perdana Inggeris





Keputusan Liga Perdana Inggeris



LONDON: Berikutan keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi:



Fulham 4 (Seri 4, Mitrovic 36, 38, Schurrle 83) Burnley 2 (Hendrick 10, Tarkowski 41)



Newcastle 1 (Joselu 83) Chelsea 2 (Hazard 76-pen, Yedlin 87-og)


Watford 2 (Pereyra 53, Holebas 71) Crystal Palace 1 (Zaha 78)



- AFP
Share:

Rabu, 22 Ogos 2018

Sudah tiba masa Spurs julang trofi



Sudah tiba masa Spurs julang trofi




LONDON: Tottenham Hotspur mengharungi perjalanan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi kelab itu berada di tahap perlu memenangi trofi untuk terus meningkat, kata penyerangnya Harry Kane.

“Kami adalah pasukan yang membuat langkahan yang besar dalam tempoh yang singkat dan satu-satunya cara untuk meneruskannya dengan mula memenangi sesuatu,” kata penyerang England itu kepada media tempatan.

“Kami sudah berada di usia di mana kami lebih berpengalaman dan kami mahu menang. Kami perlu cuba untuk melakukannya.”


Spurs yang tidak pernah menjuarai sebarang trofi sejak memenangi Piala Liga pada 2008 menikmati kestabilan di bawah kendalian jurulatih, Mauricio Pochettino yang memasuki musim kelima menguruskan kelab berkenaan.

Justeru, Kane berkata sudah banyak pasukan itu belajar daripadanya dan juga sesama pemain.

“Saya fikir kami sudah mencapai tahap terbaik kami. Ia adalah musim kelima pengurus berada di sini dan ramai di antara kami sudah berada di sini sejak kehadirannya,” kata Kane.

“Apabila kamu mempunyai pasukan yang sudah mengenali satu sama lain untuk tempoh yang lama, kamu akan tahu bagaimana permainan pemain lain dan, di luar padang, kamu tahu bagaimana untuk memotivasikan semua orang.

“Itulah yang kami miliki,” katanya. - REUTERS
Share:

Isnin, 20 Ogos 2018

United dimalukan Brighton



United dimalukan Brighton

Baca juga:
Keputusan Match 2 Liga Inggeris
Bolehkah Ronaldinho tinggal di Ipoh?
Samurai Biru tunggu anak buah OKS

BRIGHTON: Permulaan hambar Manchester United musim ini berlanjutan apabila mereka tewas 3-2 di tangan Brighton & Hove Albion, sebentar tadi.



Pertahanan yang longgar membenarkan Brighton membolosi dua gol pada setengah jam babak pertama menerusi Glenn Murray dan Shane Duffy yang mampu menjinakkan empat benteng bernilai 117 juta pound (RM612.28 juta) sekali gus menampakkan keperluan mengapa pengurus Jose Mourinho mahu mempertingkatkan pertahanan.




Eric Bailly membuka ruang kepada lawan dan membenarkan jaringan sulung Duffy dalam Liga Perdana Inggeris, melakukan kekasaran ke atas Pascal Gross sehingga menghadiahkan penalti. Gross menyempurnakan sepakan berkenaan.



Namun Romelu Lukaku terlebih dulu mengurangkan defisit menerusi tandukan namun United dilihat tidak begitu bertenaga untuk kembali bangkit.



Bagaimanapun Paul Pogba berjaya melunaskan sepakan penalti selepas Marouane Fellaini dijatuhkan pada masa kecederaan untuk gol kedua United. - Reuters
Share:

Ahad, 19 Ogos 2018

Keputusan Liga Perdana Inggeris



Keputusan Liga Perdana Inggeris





LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris:



Cardiff 0 Newcastle 0

Everton 2 (Walcott 15, Richarlison 31) Southampton 1 (Ings 54)


Leicester 2 (Doherty 29-og, Maddison 45) Wolves 0

Tottenham 3 (Moura 43, Trippier 74, Kane 77) Fulham 1 (Mitrovic 52)

West Ham 1 (Arnautovic 33-pen) Bournemouth 2 (Wilson 60, Cook 66)

Chelsea 3-2 Arsenal

- AFP
Share:

Selasa, 14 Ogos 2018

Stadium kosong, kelab EPL tetap untung



Stadium kosong, kelab EPL tetap untung 



Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris menjana banyak duit daripada siaran televisyen dan sebilangan mereka masih boleh mencatat keuntungan sekalipun stadium kosong, menurut laporan BBC.



Menggunakan statistik musim 2016/17, dengan kebanyakan kelab menerima manfaat daripada keuntungan £8.3 bilion (RM43.33 bilion) dijana siaran televisyen, pendapatan hari perlawanan hanya menyumbang kurang satu perlima daripada setiap £1 (RM5.22) yang diperoleh 18 pasukan di Liga Perdana.



Bilangan kelab yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai walaupun pendapatan hari perlawanan tidak dikira meningkat daripada dua pada musim 2015/16 kepada 10 pada 2016/17.




Begitupun, hanya Tottenham Hotspur yang disenarai dalam enam kelab utama Liga Perdana dengan Leicester menduduki tempat teratas.



Pakar kewangan sukan di Universiti Sheffield Hallam, Dr Rob Wilson memberitahu BBC perubahan terhadap kewangan kelab-kelab itu datang selepas perjanjian dengan televisyen dipersetujui pada 2012 yang menjana £3.018 bilion (RM15.76 bilion).



“Ketika itulah fokus benar-benar menjurus kepada menjana wang daripada televisyen berbanding resit tiket ketika hari perlawanan,” kata Wilson.



“Struktur pendapatan kelab-kelab ini cukup baik di mana mereka berada. Apabila kamu memperoleh bayaran £120 juta (RM626.48 juta) daripada Liga Perdana dengan hanya menyepak bola, kamu boleh bermain dengan stadium kosong jika kamu mahu.”



Begitupun, Pengerusi Persekutuan Peminat Bolasepak, Malcolm Clarke, berkata syarikat televisyen gergasi seperti Sky dan BT Sport tidak bersedia untuk mengeluarkan duit yang banyak jika suasana di dalam stadium tidak diambil kira.



“Saya katakan ia adalah elemen paling penting,” kata Clarke. “Pemain dan pengurus datang dan pergi, tetapi kami sentiasa di sana.



“Alasan mereka mendapat perjanjian televisyen yang lumayan adalah disebabkan produk yang ditunjukkan oleh penonton, keriuhan, peminat pasukan lawan dan juga suasana, ia adalah sebahagian daripadanya.



“Betapa bosannya untuk melihat perlawanan Liga Perdana dalam stadium yang kosong?” - AFP
Share:

Arkib Blog