Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019
Memaparkan catatan dengan label Formasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Formasi. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Mac 2018

Flashback Perlawanan Malaysia Cup tahun 1996 Final: Sabah vs Selangor


Flashback Perlawanan Malaysia Cup tahun 1996 Final: Sabah vs Selangor


Time ini admin masih kecil lagi, tetapi masih lagi ingat zaman ini zaman kegemilangan pasukan dari Borneo, Sabah, Sarawak dan pasukan jemputan Brunei DS.

Masa perlawanan akhir Piala Malaysia tahun 1996 ini menyaksikan pertembungan gergasi bola sepak Malaysia ketika itu iaitu Sabah dan Selangor. Menyaksikan Selangor menjuarai perlawanan tersebut apabila pertahanan Sabah Buruhan Ajui miss penalti.

Sudah lama Sabah mara sampai ke tahap akhir seperti ini. Peminat Sabah sangat mengharapkan agar zaman kegemilangan era seperti ini. Pemain legeen Matlan Marjan, Sccot, K. Sambagamaran, Buruhan Ajui & Madzlan Emoi antra pemain yang menjadi tunjang Sabah sepanjang tahun 1995-2000.
Share:

Jumaat, 9 Mac 2018

Robson Rendy Rining menepis sepakan penalti penyerang import Felcra Leo Carioca


Robson Rendy Rining menepis sepakan penalti penyerang import Felcra Leo Carioca


Penjaga gol muda Sabah ini telah mencuri perhatian para peminat bola sepak tanah air. Dengan potensi besar, skill, tangkas dan cepat menjaga gawang gol.

Awal musim bermulanya saingan Liga Perdana, ramai peminat yang optimis pemilihan coach Jelius Ating terhadap penjaga gol nombor dua Sabah pada musim lepas.

Penjaga gol utama musim lepas yang lebih senior, Rozaimi Rohim telah digantikan tempat dengan Robson Rendy Rining.

Aksi memukau Robson adalah ketika menyelamatkan sepakan penalti import Felcra Leo Carioca. Aksinya itu telah membantu Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah dan telah mencalonkannya dalam pemain terbaik Liga Perdana untuk bulan Februari.

Kali ini admin kosngsikan bersama aksi Robson Rendy Rining menepis sepakan penalti penyerang import Felcra Leo Carioca....

Selamat berjaya Robson!
Share:

Selasa, 6 Mac 2018

Top 10 Gol Terbaik Pusingan Kedua Piala FA


Top 10 Gol Terbaik Pusingan Kedua Piala FA


Admin hari ini mahu berkongsikan bersama peminat Sabahan khususnya top 10 gol terbaik pusingan kedua Piala FA. Sama-sama kita tengo mana gol yang terbaik dari kaca mata seorang peminat tegar bola sepak tempatan.

Secara peribadi bagi admin, gol Gill Hoon ketika menentang JDT adalah satu gol work rate pasukan yang berkualiti tinggi. Gol itu saya kira hampir sama dengan gol Hazard hasil kuisan kebelakang Oscar ketika bertemu ManUtd.

Daripada 10 gol terbaik ini saya merasakan mutu permainan antara pasukan Liga Super dengan Liga Perdana hampir setara. Banayak pasukan Liga Perdana semakin mantap pasukannya.

Kasi Radu ba.....#rhinos







Share:

Sabtu, 3 Mac 2018

Ramalan Formasi Sabah menentang JDT



Ramalan Formasi Sabah menentang JDT

Formasi 3-5-2
Kehadiran pertahanan Mali Francis Kasonda telah membuatkan Jelius Ating berexperement menggunakan formasi 3-5-2. Ini memberikan ruang kepada Kasonda sebagai sweper, dibantu oleh Mafry dan Rawilson Batuil. Formasi ini bagi admin sangat sesuai jika berhadapan dengan pasukan yang mempunyai player tengah yang mantap.

Heo, Azizan Nordin & Sabri Sahar mengantur di bahagian tengah Sabah. Lee Gill Hoon pula bertindak sebagai ACM/SS. Pito masih lagi mendapat tempat dihati Jelius Ating dengan bertindak selaku Target Man bersama Maxius Musa.

Jangkaan first 11 Sabah menantang JDT malam ini:-
Robson
Mafry
Kasonda
Rawilson
Randy Baruh
Heo
Azizan
Sabri Sahar
Maxius Musa
Lee Gill Hoon
Pito


Komen korang??? amcam....

Share:

Ahad, 25 Februari 2018

Video penalti miss Lee Gill Hon menentang Sarawak FA



Video penalti miss Lee Gill Hon


Admin mau belanja video penalti miss yang diambil oleh import kpop Sabah.
Masa kecedreaan Sabah dibagi sepakan penalti. Hampir pasti kemenangan akan digapai, tetapi tiang gol menjadi penghalang.
Apa pun Game Sabah malam ini mantap, cuma pertahanan kemas dari pasukan pelawat.
Diharapkan menentang JDT 3 Mac ini Sabah akan beraksi lebih mantap menentang pasukan juara Liga Super 2017.
Share:

Arkib Blog