Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019
Memaparkan catatan dengan label Info Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Viral. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mac 2019

SESA perkenal Liga Sukan Elektronik Sarawak

SESA perkenal Liga Sukan Elektronik Sarawak



Pemenang bergambar kenangan bersama Snowdan (tengah), Afiq (kiri) dan Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan menyambut baik inisiatif Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) untuk menganjurkan Liga Sukan Elektronik Sarawak.

Menurut Snowdan, liga julung kali diadakan itu amat bertepatan dalam usaha melahirkan atlet sukan elektronik yang boleh mewakili Sarawak di kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Pada tahun depan, SUKMA akan diadakan di Johor pada pertengahan Julai dan salah satu acara dipertandingkan ialah sukan elektronik. Selain daripada itu, sukan elektronik juga akan dipertandingkan pada Sukan SEA di Filipina pada November depan di mana ia akan menawarkan lima pingat emas.

“Sebab itulah pihak SESA ketika ini giat mencari atlet berkelayakan yang terbaik di seluruh Sarawak untuk menyertai sesi pemilihan di Kuala Lumpur bagi mewakili negara.

“Saya juga memberi sokongan sepenuhnya kepada SESA untuk menganjurkan liga sukan elektronik di seluruh Sarawak. Kita mahu mencari hanya yang terbaik,” ujar Snowdan semasa berucap pada majis penutupan Pertandingan FIFA19 PS4 sempena E-Games Pavillion di Tebingan Kuching, malam Selasa.

Pada masa sama, Snowdan menyeru kelab-kelab sukan elektronik di seluruh negeri untuk berdaftar dan menjadi ahli SESA bagi membolehkan mereka dibantu.

Beliau turut mengumumkan tajaan berjumlah RM10,000 sebagai hadiah kepada pemenang liga di mana juara akan meraih RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000. 

Terdahulu, Presiden SESA Afiq Fadhli Narawi dalam ucapannya memberitahu liga yang akan bermula dalam masa terdekat akan diadakan di setiap bahagian negeri di mana mereka akan menghantar wakil di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Tambahnya, sesi pemilihan awal atlet untuk ke Sukan SEA akan diadakan serentak di Kuching dan Miri pada 5-7 April manakala pemilihan terakhir akan diadakan dari 12-14 April di Pusat Beli Belah City One.

Sementara itu, penuntut UNIMAS Ardil Afiz Azri dinobat johan Pertandingan FIFA19 PS4 untuk menggondol hadiah wang tunai RM1,200, trofi dan medal.

Tempat kedua milik Awang Raad Awang Khalik untuk menerima RM800, trofi dan medal. 

Hazwan Faiz di tempat ketiga untuk meraih RM600, trofi dan medal manakala Ashraf Zakariz tempat keempat untuk menggondol RM400, trofi dan medal.
Share:

Cium wartawan semasa temu bual, juara heavyweight dikecam

Cium wartawan semasa temu bual, juara heavyweight dikecam


Perbuatan Pulev dikecam netizen.

PETINJU Kubrat Pulev dikecam selepas mencium seorang wartawan semasa sesi temu bual selepas kemenangannya pada malam Sabtu lalu.

Juara heavyweight itu ditemu bual wartawan tinju berpengalaman, Jenny Sushe mengenai kejayaannya menewaskan lawannya, Bogdan Dinu.

Sushe bertanya kepada Pulev mengenai peluang bertemu dengan Tyson Fury sebelum petinju berusia 37 tahun itu tiba-tiba memegang wajahnya lalu menciumnya.

Perlakuan tidak senonoh itu menyebabkan sesi temu bual itu ditamatkan dan Pulev berlalu pergi.


Akibatnya Pulev yang sudah berkahwin dikritik hebat peminat sukan tinju di media sosial.

Pulev menundukkan lawannya, Dinu.

Rata-rata netizen menyifatkan insiden itu sebagai serangan seksual.

Ia bukan kali pertama bintang sukan dikritik kerana tidak menghormati wartawan wanita.

Pulev menandatangani kontrak bersama Top Rank pada Disember lalu dalam usaha untuk menaikkan reputasinya selepas prestasi tidak menentu dalam kategori heavyweight.

Atlet kelahiran Bulgaria itu disebut-sebut bakal bertemu lawannya Tyson Fury. - Metro.co.uk
Share:

Isnin, 25 Mac 2019

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH DIBUKA BERMULA 26 MAC

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH DIBUKA BERMULA 26 MAC


Yusof (tengah) ketika sidang media pengumuman Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. – Gambar SNT/Alfred Petrus

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) akan dibuka bermula esok (26 Mac) dan mereka yang berkelayakan khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh mengemukakan permohonan.

Biasiswa tersebut khas untuk individu tamat SPM, STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma, Matrikulasi dan Asasi dan baru menerima keputusan peperiksaan akhir dan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata penawaran BKNS terbabit adalah berdasarkan kursus-kursus ditetapkan dan yang mendapat permintaan industri di dalam negeri, namun ia perlu mengikut syarat-syarat kelayakan melalui empat kategori.

“Kita ada empat kategori penawaran BKNS iaitu skim penawaran kepada seramai 148 pelajar cemerlang SPM yang memperoleh 10A seluruh negeri dan 61 pelajar STPM dengan Purat Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 sebagai keutamaan mengikut kecenderungan mereka.

“Kategori kedua adalah bagi pelajar SPM yang mendapat keputusan 7A ke atas dan STPM dengan PNGK 3.33 ke atas untuk melanjutkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama.

“Seterusnya, bagi kategori mengikut keperluan industri, mereka juga boleh memohon dengan pertimbangan mengikut kursus-kursus yang diperlukan industri masa kini,” katanya dalam sidang media sempena Pengumuman Permohonan BKNS 2019 di Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Katanya bagi permohonan Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) Awam dan Swasta adalah meliputi kursus Aktuari Sains, Pertanian, Juru Ukur, Sains Tulen, Kejuruteraan, Seni Bina, Kesihatan dan Perusahaan Ternak, Teknologi Maklumat, Pengurusan Hartanah, Ukur Bahan dan Perakaunan.

Permohonan ke Ijazah Sarjana Muda IPTA/S merangkumi Aktuari Sains, Perakaunan, Akuakultur, Pergigian, Ekonomi, Perhutanan, Farmasi, Perikanan, Kejuruteraan, Pertanian, Kesihatan dan Perusahaan Ternak, Perubatan, Keusahawanan, Perubatan Veterinar, Komunikasi, Psikologi, Juru Ukur, Sains Alam Sekitar, Muzik Sains, Biologi Marin, Pelancongan dan Hospitaliti, Sains Bioteknologi, Pendidikan, Sains dan Teknologi Makanan, Pengajian Islam, Sains Komputer, Pengangkutan dan Logistik, Seni Bina (Architecture), Pengurusan Ladang, Teknologi Maklumat, Pengurusan Hartanah, Ukur Bahan, Pentadbiran Perniagaan dan Undang-Undang.

Tambah Dr Yusof lagi, BKNS juga membuka permohonan biasiswa terbabit untuk para pelajar golongan miskin tegar agar mereka mendapat peluang melanjutkan atau menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Kita akan tempatkan mereka di IPTA atau IPTS yang mana institut swasta ini mesti mempunyai jalinan persefahaman dengan industri.

“Mereka yang dilatih ini akan ditempatkan di industri dan keputusan pelajar di bawah miskin tegar ini tidak menjadi kepentingan kerana kerajaan berusaha menempatkan mereka agar membolehkan mereka mendapat pekerjaan sejurus menamatkan pengajian,” jelasnya.

Sementara itu, Yusof menegaskan BKNS tersebut juga terbuka kepada pelajar Diploma yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi keputusan PNGK 3.50, lulusan STAM pula haruslah Jaiyid Jiddan manakala lepasan Matrikulasi dan Asasi sekurang-kurangnya PNGK 3.50.

“Permohonan untuk memasuki kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi, perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.8 di peringkat STPM, Diploma atau Matrikulasi dan tawaran BKNS hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

“Kelayakan permohonan Diploma, pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun manakala bagi permohonan ke Ijazah Sarjana Muda, pemohon haruslah tidak melebih umur 25 tahun. Permohonan tersebut boleh dibuat melalui atas talian di laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my dan permohonan dibuka sehingga 25 April ini,“ katanya.

Sementara itu, beliau menambah pemohon yang sedang menuntut di IPT perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.50 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda. – SabahNewsToday
Share:

Rabu, 20 Mac 2019

Kaki game 'buat duit' empat angka sebulan dengan PUBG

Kaki game 'buat duit' empat angka sebulan dengan PUBG



BUKAN sekadar hobi namun PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) juga boleh menjana pendapatan jika dimanfaatkan sebaiknya.

Begitulah kisah seorang pelajar, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid yang bijak mencuri peluang terhidang dengan menjadikan permainan video popular itu sebagai mata pencarian tunggalnya.

Bagaimana mungkin? Jika ada yang tertanya-tanya, jejaka berusia 20 tahun itu mula melakukan penstriman video PUBG menerusi laman Facebook, sekitar enam bulan yang lalu.

Jelas Azim pendapatan yang diperolehinya menerusi aktiviti itu agak lumayan dan cukup untuk menampung diri serta kos pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan.

“Saya menjana pendapatan sekitar empat angka sebulan. Jadi duit itu saya gunakan untuk tampung saya belajar, bayar yuran dan sebagainya.

“Ibu bapa saya juga bersyukur apabila saya boleh buat duit dengan main game. Saya buat semua ni pun untuk tolong mereka.

“Pendapatan yang diperolehi, saya bahagikan dengan mereka. Saya 50 peratus, mereka pun 50 peratus,” ujar Azim kepada mStar Online.

Profail Azim atau Draxx dalam permainan PUBG.

Lebih dikenai sebagai Draxx dalam kalangan penggemar permainan itu, Azim mengakui ia langsung tidak mengganggu jadualnya sebagai pelajar.

Malah, permainan PUBG dan penstriman video di Facebook dianggap sebagai terapi untuk dia menghilangkan tekanan setelah seharian melakukan tugasan akademik di kampus.

“Saya biasanya akan buat live stream pada waktu malam, selepas habis kelas.

“Pada saya ia tak mengganggu atau abai pelajaran, tapi ia buat saya hilang stress tambah-tambah lagi apabila dapat berinteraksi dengan penonton dalam video itu,” ujarnya yang memiliki 15,000 pengikut di laman Facebook.

Selain Azim, seorang lagi jejaka iaitu Aiman Amirul Mohd Sahid turut menjadikan permainan video popular itu sebagai sumber pendapatan utamanya.

Lebih dikenali sebagai Man Parang, jejaka berusia 22 tahun itu mula berkecimpung dalam arena penstriman video PUBG sekitar setahun yang lalu.

“Saya menjana pendapatan menerusi penstriman video di Facebook, perlawanan PUBG yang lain tu macam pendapatan tambahan atau bonus sahaja.

“Secara kasarnya saya boleh dapat dalam empat angka sebulan,” ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar pendapatan yang diperolehi.


Man sewaktu menjuarai pertandingan PUBG pada awal tahun ini.

Malah kata Man, ia merupakan pekerjaan pertamanya setelah dia tamat belajar dalam bahagian Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang pada awal tahun lalu.

Tambahnya lagi, permainan itu juga ada menyuntik elemen positif, tidak seperti yang dicanang oleh ramai pihak.

“Main game tak boleh terlalu taksub, kena ada masa juga. Ada yang menghadap sampai 12 jam, itu tak boleh.

“Saya main sekitar tiga jam sahaja, masa selebihnya saya luangkan dengan keluarga.

“PUBG juga banyak mengajar tentang semangat kerja berpasukan, agak berbeza dengan permainan lain,” katanya yang memiliki 24,000 pengikut di Facebook.

Untuk rekod, Man dan Azim merupakan ahi pasukan Yoodo Gank, pasukan PUBG tajaan syarikat penyedia perkhidmatan telefon Yoodo bersama dua lagi sahabatnya.

Pasukan itu turut dianggotai Muhammad Hazim Abd Hamid, 25, dan Mohammad Hafizi Baharudin, 23, yang mula ditubuhkan pada November tahun lalu.

Dalam pada itu, Yoodo juga bakal menganjurkan perlawanan PUBG bulanan yang dikenai sebagai Beat The Champions bermula 28 Mac ini.

Azim (paling kiri) diikuti Man, Hafizi dan Hazim.

Terbuka kepada semua penggemar PUBG, mereka perlu mengalahkan pasukan Yoodo Gank yang dianggotai empat jejaka berkenaan untuk merebut hadiah wang tunai.

Lebih menarik, wang tunai berjumlah RM600 pada bulan pertama akan digandakan ke bulan seterusnya jika tiada mana-mana peserta atau pasukan yang berjaya mengalahkan Yoodo Gank.

Untuk akses, anda boleh melayari laman mikro Yoodo pada 28 Mac ini.

Antara lain, Yoodo turut memperkenalkan data internet khas, PUBG Mobile Add-on untuk pengguna mereka.

Pengenalan data ini membolehan anda bermain permainan itu dengan data 20GB yang dilengkapi rangkaian 4G LTE pantas pada kadar berpatutan.

Malah, data tambahan khas ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna Yoodo sehingga 30 April depan.
Share:

Khamis, 14 Mac 2019

FB Dan IG Down, WhatsApp Alami Masalah Teknikal

FB Dan IG Down, WhatsApp Alami Masalah Teknikal




Sejak malam semalam, pengguna Facebook dan Instagram didapati mengalami masalah teknikal keatas akaun masing-masing.

Ia disahkan sendiri oleh laman rasmi Facebook dan Instagram menerusi kenyataan yang dimuatnaik oleh mereka.




Dalam masa sama, Whatsapp juga mengalami sedikit masalah pada platform mereka, seperti memuatnaik gambar dan video, serta berkongsi pesanan suara.

Page Buletin Sabah FA juga mengalami sedikit masalah untuk admin mengupdate. Diharapkan masalah ini dapat di atasi secepat mungkin.
Share:

Rabu, 13 Mac 2019

Gol pelik 'Main dari belakang'


Gol pelik 'Main dari belakang'


IA antara jaringan ‘pelik’ dapat disaksikan musim ini apabila penyerang Carlisle, Hallam Hope menggunakan inisiatif tersendiri menjaringkan gol menentang Notts County, semalam.

Jaringan itu dibuat ketika Notts County mendahului 2-0 pada perlawanan League Two.

Ketika itu Hope dan rakan sepasukan Carlisle mencari jalan untuk kembali merapatkan kedudukan pada perlawanan terbabit.

Ketika penjaga gol Notts County, Ryan Schofield leka mencari rakan pasukan untuk menghantar bola dia tidak menyedari Hope berada di belakangnya menanti peluang.

Hope memecut laju secara tiba-tiba ke arah Schofield, terus merampas bola lalu menyepak masuk sebelum dia sempat berbuat apa-apa.

Ia jaringan ke-11 dalam saingan liga musim ini buat pemain akademi Everton itu.

Bagaimanapun, jaringan itu tidak cukup menyelamatkan Carlisle apabila Lewis Alessandra meledak gol ketiga menjadikan kedudukan 3-1 buat Notts County.

Keputusan itu meletakkan Notts County berada di tangga ke-23 dalam League Two dan empat mata daripada zon penyingkiran.

Carlisle di tangga kelapan, tercicir satu mata untuk play-off.--- HMETRO
Share:

Isnin, 11 Mac 2019

'Malapetaka teknologi' lebih dahsyat daripada Y2K diramal berlaku bulan depan

'Malapetaka teknologi' lebih dahsyat daripada Y2K diramal berlaku bulan depan



Sistem navigasi di telefon bimbit dijangka "mungkin" tidak terjejas pada 6 April ini. -Gambar hiasan
SISTEM navigasi GPS dijangka mengalami gangguan bulan depan disebabkan oleh ketidakstabilan kalendar komputer.

Seorang pakar keselamatan maklumat mendakwa kesilapan digit kalendar pada sistem GPS akan berlaku 6 April ini, kurang sebulan dari sekarang, lapor Daily Mail.

Naib Presiden Syarikat Keselamatan dan Pertahanan Siber Multinasional Taiwan Trend Micro, Bill Malik ketika bercakap di Persidangan Keselamatan RSA 2019 di San Francisco berkata dia tidak akan menaiki sebarang penerbangan pada 6 April ini.

Menurutnya, malapetaka teknologi itu bakal mengulangi fenomena pepijat milenium Y2K yang heboh diperkatakan menjelang tahun 2000 lalu.

Kesilapan berasaskan digit kalender komputer ini boleh terjadi pada peranti GPS yang masih menggunakan sistem lama.


Fenomena ala Y2K ini berlaku apabila GPS yang menggunakan sistem lama hanya terhad kepada minggu ke-1,024 sebelum kembali kepada kosong, satu fenomena yang berlaku setiap 19.7 tahun.Bill membandingkan ramalan kesilapan kalendar Y2K yang berlaku pada tahun 1999 dan menyatakan bahawa ia berkemungkinan menjadi lebih buruk kali ini disebabkan banyak sistem yang menggunakan GPS sebagai sistem sokongan dalam operasi mereka.

“Sistem kren di pelabuhan, contohnya, untuk mengalihkan kontena juga menggunakan GPS secara automatik.

“Malah, sistem keselamatan awam juga menggabungkan sistem GPS, seperti sistem pemantauan lalu lintas di jambatan, misalnya,” ujarnya.

Tambah beliau, 20 tahun lalu penggunaan GPS ini agak kurang, namun kini banyak syarikat yang bergantung dengan sistem GPS dalam operasi harian.

Pada masa sama, kerajaan Amerika juga telah mengeluarkan amaran kepada sektor negeri dan swasta untuk mengemas kini teknologi mereka.

Sementara itu, kerajaan Amerika Syarikat dilapor menerbitkan memorandum yang dikenali sebagai 'Event System Rollover Week Weekly Positioning System' pada April 2018 sebagai amaran kepada pengilang dan firma teknologi swasta di negara itu.

Namun, menurutnya, walaupun sistem navigasi perkapalan dan kapal terbang diramal terjejas dengan gangguan ini, sistem navigasi di telefon bimbit dijangka "mungkin" tidak terganggu.

Malah, syarikat teknologi British yang mengeluarkan pengulang isyarat GPS untuk kegunaan dalaman iaitu FalTech GPS juga mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada gangguan penerima GPS atau sistem lain yang menggunakan fungsi tarikh dan waktu.

Syarikat pemasaran kewangan, syarikat penjanaan kuasa, syarikat perkhidmatan kecemasan dan sistem kawalan industri, serta rangkaian komunikasi talian tetap dan selular juga mungkin terjejas.

Walaupun ramalan itu membimbangkan ramai pihak, syarikat FalTech GPS memberitahu ini bukan kali pertama perkara ini berlaku.
Share:

Khamis, 7 Mac 2019

Gempa bumi lemah di Ranau

Gempa bumi lemah di Ranau



Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter berlaku di Ranau pada jam 4.05 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, pusat gempa bumi terletak di 6.1 Utara dan 116.7 timur pada kedalaman 10 kilometer (km) berpusat di Ranau.


“Gegaran mungkin dirasai di Ranau sahaja dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.
Share:

Arkib Blog