Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019
Memaparkan catatan dengan label Piala Asia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Asia. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2019

Rahsia Samurai Biru terbongkar


Pemain Jepun Yuya Osako (kanan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan golnya ketika menentang Iran pada perlawanan separuh akhir Piala Asia, semalam. - Foto REUTERS

Rahsia Samurai Biru terbongkar



AL AIN, Emiriah Arab Bersatu: Bola sepak Jepun mungkin paling dikenali dengan skil taktikal yang mereka miliki, tetapi semangat juang tinggi sebenarnya membantu pasukan itu mengatasi Iran 3-0 dan mara ke final Piala Asia, kata jurulatih Hajime Moriyasu.

Gol menerusi tandukan dan penalti penyerang, Yuya Osako menuju babak kedua perlawanan merobek semangat Iran, sebelum Genki Haraguchi menjadikan kedudukan 3-0 pada masa kecederaan untuk membawa skuad Samurai Biru ke penentuan final kelima.
Baca juga: Penyokong Tidak Senang Tambadau ganti Badak
“Iran memperoleh keputusan yang hebat sebelum ini dan kami tahu mereka akan menjadi lawan yang amat sukar, tetapi pemain sudah cukup bersedia dan mereka menunjukkan semangat juang yang hebat,” kata Moriyasu.


“Mereka sentiasa memiliki minda sebagai pencabar dan ia memberikan kami kemenangan pada kali ini . Suasana perlawanan seperti berlangsung di tempat lawan, tetapi ada ramai penyokong Jepun dan kami juga mendapat sokongan dari tanah air.

“Saya gembira pemain dapat menunjukkan semangat untuk berjuang dan menghasilkan keputusan yang baik.”

Jepun tidak mengharungi permulaan yang meyakinkan dalam kempen di sini, apabila memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan dengan margin kemenangan tidak lebih daripada satu gol, dan turut menyingkirkan Arab Saudi serta Vietnam di peringkat kalah mati dengan keputusan 1-0.

“Saya tidak fikir kami berubah jika dibandingkan dengan permainan kami pada perlawanan sebelum ini, tetapi apa yang pemain kami lakukan hari ini adalah... cuba untuk memberikan yang terbaik secara individu dan berpasukan dan bermain untuk mendapatkan keputusan yang hebat,” kata Moriyasu.

“Menyedari Iran memiliki serangan yang kuat dan mempunyai fizikal yang hebat, pemain Jepun bermain dengan agresif dan menunjukkan semangat juang tinggi, dan itulah perbezaannya.”

Sebagai rekod, Jepun memenangi keempat-empat pertemuan final Piala Asia sebelum ini dan diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk bertemu sama ada tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu atau Qatar di gelanggang akhir, Bandar Sukan Zayed - Reuters

Share:

Selasa, 22 Januari 2019

Keputusan Piala Asia Pusingan 16 Terbaik



Keputusan Piala Asia Pusingan 16 Terbaik

Baca juga: 
Selamat datang Taeso Park ke Sabah FA 
Peter azam pulihkan SAFA 
Gandingan Torres gegar Liga Malaysia 
Kejohanan amal untuk dana bekas pemain Sabah 
Mohd Ariff Noh dari Kinabatangan teruja beraksi bersama Sang Badak  
JELIUS ATING HARAP DAPAT PEMAIN IMPORT MINGGU INI 
Hutang peninggalan pentadbiran terdahulu jejaskan persiapan Sabah 

Berikut keputusan perlawanan bola sepak Piala Asia, awal pagi tadi.

Pusingan 16 terakhir


Di Abu Dhabi


UAE 3 (Esmaeel 14, Mabkhout 64, Khalil 103-pen) Kyrgyzstan 2 (Murzaev 26, Rustamov 90+1) selepas masa tambahan



Di Sharjah

Jepun 1 (Tomiyasu 20) Arab Saudi 0



Di Al Ain

Australia 0 Uzbekistan 0 smt

Australia menang penentuan penalti 4-2

- AFP
Share:

Jumaat, 11 Januari 2019

Jaringan 'Messi Jay' Thailand tewaskan Bahrain


CHANATHIP Songkrasin selepas menjaringkan gol ketika menewaskan Bahrain pada Piala Asia. - AFP

Jaringan 'Messi Jay' Thailand tewaskan Bahrain

Baca juga:
Badak teruskan misi mencari pemain import 
 Saksikan perlawanan amal 3 penjuru
Draw dalam kumpulan Liga KDM
Rainol dari Sabah wakili PDRM 
ARIUSDIUS JAIS, EVAN WENSLEY WENCESLAUS DAN JORDON OLLERENSHAW DIPANGGIL KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020 
Kelab Penyokong Lancar Kutipan 
DUBAI: Chanathip ‘Messi Jay’ Songkrasin meledak jaringan bagi memastikan Thailand kemenangan kedua pada Piala Asia sepanjang sejarah mereka hari ini ketika pasukan itu menewaskan Bahrain 1-0 bagi menghidupkan peluang dalam kempen berkenaan.



Jaringan pemain tengah Consadole Sapporo pada babak kedua sudah cukup buat Thailand yang tampak sukar selepas memecat jurulatih Milovan Rajevac berikutan kalah 4-1 kepada India pada saingan pembukaan.



Ia memperbaiki rekod pasukan Gajah Perang itu kepada dua kemenangan daripada 22 perlawanan Piala Asia dan mereka kini kedua dalam Kumpulan A di belakang India, yang akan menantang Emiriah Arab Bersatu sebentar lagi.




Thailand langsung tidak mendapat cubaan ke arah gol ketika Bahrain mengawal babak pertama dengan Mohamed Jasim Marhoon dan Sayed Dhiya Saeed hampir menjaringkan gol namun penjaga gol Chatchai Bootprom melakukan aksi menyelamat terbaik.



Namun Chanathip, dengan peminat menyamakannya dengan Lionel Messi, meletakkan Thailand di depan selepas hampir sejam perlawanan dengan sepakan mengatasi Sayed Shubbar Alawi di gawang Bahrain. - AFP
Share:

Khamis, 10 Januari 2019

Jepun hampir dikejutkan Turkmenistan


MAYA Yoshida (kanan) selepas menjaringkan gol ketika Jepun menentang Turkmenistan. - Foto AFP

Jepun hampir dikejutkan Turkmenistan



ABU DHABI: Kapten Jepun, Maya Yoshida mengakui bekas juara itu gagal membuat kajian mendalam terhadap Turkmenistan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang perlawanan pembukaan Piala Asia 3-2 malam ini.



Dua jaringan pantas Yuya Osako membantu kebangkitan Jepun di Abu Dhabi selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama saingan Kumpulan F itu.



Skuad Samurai Biru yang mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia tahun lalu terpaksa mengerah sepenuh tenaga ketika menentang Turkmenistan.




“Kami melakukan permulaan buruk dan membuatkan ia sukar bagi kami,” kata pertahanan Southampton, Yoshida.



“Mereka benar-benar mengejutkan kami – sejujurnya kami tidak banyak maklumat mengenai mereka.”



Jepun yang tersingkir pada suku akhir Piala Dunia selepas kebangkitan hebat Belgium yang ketinggalan dua gol, kini hanya tewas sekali dalam 29 perlawanan terakhir pada Piala Asia tidak termasuk penentuan penalti.



Namun mereka perlu memperbaiki permainan jika mahu mengatasi pasukan pilihan, Iran yang menang 5-0 mengatasi Yaman dan Korea Selatan yang diperkuatkan dengan kehadiran penyerang Tottenham, Son Heung-min. - AFP
Share:

Rabu, 9 Januari 2019

Sepakan percuma hantui Vietnam


GOL sepakan percuma Ali Adnan (kanan) melepasi benteng pertahanan Vietnam bagi gol kemenangan Iraq di Abu Dhabi, awal pagi tadi. - Foto AFP

Sepakan percuma hantui Vietnam



ABU DHABI: Ali Adnan meledak gol kemenangan pada minit terakhir ketika bekas juara, Iraq bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum menang 3-2 ke atas Vietnam pada saingan Kumpulan D Piala Asia, awal pagi tadi.



Ia keputusan yang cukup mengecewakan buat Vietnam di Abu Dhabi tetapi Iraq berhak untuk memenangi perlawanan itu selepas Humam Tareq menyamakan kedudukan.



“Separuh masa pertama amat teruk. Kami gagal mempamer permainan sebenar berbanding ketika sesi latihan. Mungkin kerana ia perlawanan pertama dan pemain berasa sedikit tertekan.




“Saya sedar ia pasti perlawanan yang sukar. Tapi paling penting kami dapat meraih tiga mata penuh,” kata jurulatih Iraq, Srecko Katanec.



Vietnam mendahului pada minit ke-24 menerusi Nguyen Cong Phuong berpunca daripada kecuaian pertahanan Iraq, Ali Faez yang ingin menghantar bola kepada penjaga gol, Jalal Hassan Hachim.



Iraq yang mengharungi segala halangan sebelum memenangi Piala Asia 2007, menyamakan kedudukan 10 minit kemudian menerusi penyerang, Mohamad Ali.



Cong Phuong kembali meletakkan Vietnam di depan tiga minit selepas rehat namun Tareq menyamakan kedudukan 2-2 berpunca daripada kelemahan benteng pertahanan Vietnam.



Adnan muncul wira di hujung permainan selepas menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti sekali gus mengecewakan Vietnam. – AFP
Share:

Piala Asia: Vietnam hampir malukan Iraq

Piala Asia: Vietnam hampir malukan Iraq



IRAQ 3 VIETNAM 2


Iraq bangkit dua kali untuk menewaskan Vietnam dalam aksi Kumpulan D, Piala Asia di Stadium Zayed Sport City, Abu Dhabi, sebentar tadi.

Vietnam terlebih dahulu di depan selepas pertahanan Iraq, Ali Faez Atiyah, tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-24.

Iraq, bagaimanapun, memberi reaksi balas pantas menerusi jaringan daripada penyerang sensasi mereka, Mohanad Ali Kadhim, pada minit ke-35.

Namun, kelebihan itu hanya bertahan selama tujuh minit.

Nguyen Cong Phuong kembali meletakkan Vietnam di depan menjelang tamat separuh masa pertama.

Iraq kemudian menguasai hampir keseluruhan babak kedua dengan pemain gantian, Humam Tariq, menjaringkan gol penyamaan buat skuad Singa Mesopotamia itu, 15 minit selepas perlawanan bersambung.

Seminit sebelum perlawanan tamat, Ali Adnan menjaringkan gol cantik daripada sepakan percuma menewaskan penjaga gol, Dang Van Lam, yang menjamin kemenangan pertama Iraq dalam kempen kali ini.

Selepas ini, Iraq akan bertemu Yaman, Sabtu ini sambil Vietnam pula akan bertemu pendahulu kumpulan, Iran, pada hari yang sama.


Sumber: Stadiumastro
Share:

Selasa, 8 Januari 2019

Pemain China memang suka kena marah – Lippi


Gambar fail, Pengurus China, Marcello Lippi semasa perlawanan pusingan awal kumpulan Piala Asia AFC 2019 antara China dan Republik Kyrgyzstan di Al Ain, Emiriah Arab Bersatu, pada 7 Januari lalu. - Foto EPA

Pemain China memang suka kena marah – Lippi



ALAIN: Pengurus China, Marcello Lippi mempersoalkan sikap pemainnya ketika pasukan itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan, sebelum menang 2-1 ke atas Kyrgyzstan, hasil jaringan sendiri dan juga gol lewat oleh Yu Dabao dalam perlawanan pembukan Piala Asia, malam tadi.

Penjaga gol Kyrgyzstan, Pavel Matiash menjaringkan gol sendiri bagi pada lima minit babak kedua berlangsung, sekaligus memberikan mata penyamaan selepas mereka meraih gol awal hasil jaringan Akhlidin Israilov pada babak pertama.

Selepas itu, Yu memastikan mata kemenangan milik China menerusi jaringan kedua pasukannnya, ketika perlawanan berbaki 12 minit sebelum tamat.


Ketika Korea Selatan menang 1-0 menentang Filipina, – pasukan yang tampil kali pertama dalam kejohanan ini, sama juga seperti Kyrgyzstan, kini China mendahului Kumpulan C, tetapi Lippi tidak gembira dengan persembahan negara itu.

“Saya sudah berada di China selama dua tahun, dan ini bukanlah kali pertama (kami) berada dalam di situasi seperti ini,” kata Lippi.

“Ada beberapa kali apabila pasukan tidak bermain baik dalam babak pertama dan kemudian, selepas saya marah dan memberi tekanan kepada pemain, saya dapat tindak balas yang dimahukan sejak minit pertama.

“Mungkin itu adalah sifat pemain dari China.”

Dalam pertembungan itu, skuad bimbingan Lippi jelas ditenggelami persembahan lawan dari Asia Tengah itu dan terkejut apabila Israilov meletakkan Kyrgyzstan di hadapan pada tiga minit sebelum waktu rehat. – Reuters
Share:

Korea Selatan menang tipis atasi Filipina


Pemain Filipina, Stephan Palla (tengah) bersaing dengan pemain Korea Selatan, Hwang Ui-jo (kanan) pada perlawanan Piala Asia di Dubai. - Foto EPA

Korea Selatan menang tipis atasi Filipina



DUBAI: Penjaring prolifik, Hwang Ui-jo mencipta gol pada babak kedua ketika Korea Selatan menewaskan skuad kendalian Sven-Goran Eriksson, Filipina 1-0 pada saingan Piala Asia sebentar tadi.

Korea Selatan yang mahu menamatkan kemarau 59 tahun gagal meraih gelaran sejak 1960, memberikan tekanan dalam saingan pembukaan Kumpulan C itu sebelum Hwang memecah kebuntuan selepas 67 minit di Emiriah Arab Bersatu.

Penyerang yang bermain di Jepun itu meledak dari jarak dekat di Dubai untuk memberikan kemenangan selepas kebimbangan apabila pemain tengah Newcastle, Ki Sung-yueng dikeluarkan berkemungkinan mengalami kecederaan hamstring.


Korea Selatan yang akan diperkuatkan dengan kehadiran bintang Tottenham, Son Heung-min selepas dua perlawanan awal, menyertai China dengan tiga mata di persada kumpulan masing-masing selepas skuad kendalian Marcello Lippi mengatasi Kyrgyzstan 2-1 pada saingan awal di Al Ain.

Korea Selatan yang menjadi naib juara di belakang tuan rumah Australia empat tahun lalu, melalui perlawanan yang agak gementar sebelum menemui jaringan berdepan pasukan yang kali pertama beraksi dalam Piala Asia itu.

Mereka juga perlu berterima kasih kepada penjaga gol Kim Seung-gyu, yang menyelamatkan cubaan Javier Patino pada minit ke-54. - AFP
Share:

Isnin, 7 Januari 2019

Piala Asia: Thailand pecat jurulatih


JURULATIH Thailand, Milovan Rajevac dipecat selepas Thailand tewas kepada India 1-4 di Abu Dhabi, semalam. - Foto AFP

Piala Asia: Thailand pecat jurulatih



ABU DHABI: Thailand membuat tindakan drastik memecat ketua jurulatih, Milovan Rajevac selepas skuad bimbingannya tewas 1-4 kepada India pada saingan Piala Asia, semalam.



Selepas bermula hambar pada saingan peringkat Kumpulan A, Thailand segera melucutkan jawatan Rajevac dan mengumumkan Sirisak Yodyardthai selaku pengendali sementara.



Bekas jurulatih Ghana itu membimbing Thailand sejak 2017, sebelum menyambung kontrak sehingga 2020 pada Februari tahun lalu.




Bagaimanapun kekalahan pada separuh akhir Piala AFF yang menyaksikan mereka memenangi piala berprestij itu pada 2014 dan 2016, serta kekalahan kepada India menyebabkan beliau dipecat.



"Saya percaya ini bukan yang dimahukan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Thailand serta penyokong yang memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.



"Dengan ini, saya mengumumkan pelepasan tugas Milovan Rajevac serta beberapa kakitangannya dan Sirisak Yodyardthai dilantik selaku ketua jurulatih sementara, Choketawee Promrut selaku pembantunya untuk mengharungi baki saingan Piala Asia," kata Presiden FA Thailand, Somyot Poompanmoung.



Thailand beraksi di Piala Asia buat kali pertama sejak 2007 dan perlu bangkit semula apabila bertemu Bahrain, Khamis ini. - Agensi
Share:

Piala Asia: India kejutkan Thailand


Penyerang India, Sunil Chhetri (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Thailand, Chalermpong Kerdkaew dalam perlawanan Piala Asia di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi. - Foto AFP

Penyerang Thailand, Teerasil Dangda (kanan) berebut bola dengan pemain pertahanan India, Anas Edathodika dalam aksi Piala Asia di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi. - Foto AFP

Piala Asia: India kejutkan Thailand



ABU DHABI: India yang lebih popular dengan sukan kriket, mengejutkan Thailand 4-1 dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan A sebentar tadi.

Penyerang veteran Sunil Chhetri meledak dua gol ke atas skuad Gajah Perang yang turut mendapat sokongan daripada 12 kanak-kanak yang terperangkap di dalam gua lebih dua minggu tahun lalu.

Chhetri membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti sebelum kapten Thailand Teerasil Dangda menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas menanduk sepakan percuma Theerathon Bunmathan.


Chhetri bagaimanapun kembali meletak skuad dengan jolokan Harimau Biru di depan di awal babak kedua hasil gerakan Udanta Singh di sebelah kanan.

Thailand semakin tertekan apabila Anirudh Thapa meledak gol ketiga India pada minit ke-68, disusuli dengan jaringan pemain gantian Lalpekhlua Jeje untuk pasukannya mendahului kumpulan.

Tuan rumah Emiriah Arab Bersatu diikat oleh Bahrain 1-1 dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu. – AFP
Share:

Arkib Blog