Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 14 Mac 2018

Biodata Tanker Sabah Rawilson Batuil

Rawilson Batuil
Rawilson Batuil

Biodata Tanker Sabah Rawilson Batuil

Pemain muda Sabah yang berusia 24 tahun sangat meningkat form dalam saingan Liga Perdana Malaysia musim ini. Telah menjaringkan 2 gol dalam saingan liga setakat ini menunjukkan pemain pertahanan ini bukan saja menjadi pertahanan yang baik, tetapi juga mampu memberikan gol kepada pasukan.

Bermain Center Back untuk pasukan Sabah bersama dengan Francis Kasonde dan Mafry Balang. Telah diberikan kepercayaan oleh jurulatih Sabah menjadi Ketua Pasukan untuk musim 2018.


Sangat sesuai dengan 3 pertahanan dalam formasi yang diterapkan oleh coach Jelius Ating, 3-5-2. Dengan corak perlawanan hantaran pendek yang diterapkan oleh Jelius Ating dalam skuad  Sabah sangat sesuai dengan pemain Sabah sekarang. Antara pemain muda lain yang telah diketengahkan oleh jurulatih Sabah ialah seperti Jenius Karib, Maxius Musa, Robson Rendy Rining dan Dendy Lowa.

Biodata Tanker Sabah Rawilson Batuil@Jipun

Nama: Rawilson Batuil
Asal: Kota Marudu
Warganegara: Malaysia
Tarikh lahir: 29 April 1994
Umur: 23 
Posisi: Pertahanan
Tinggi: 170 cm
Berat: 60 kg

Statistik Perlawanan Liga Perdana Malaysia 2018

Perlawanan - 5

Gol - 2

Statistik Perlawanan Piala FA

Perlawanan- 2

Gol- 0

Kekuatan/kelebihan

Keras
Agresif
Laju
Membaca game yang baik
Hantaran yang tepat

Telah dipanggil mengikuti latihan pusat untuk skuad Harimau Malaya pada Mac 2018. Dengan kualiti seorang pemain pertahanan moden yang ada pada Rawilson Batuil, tidak mustahil pemain ini menjadi pertahanan Harimau Malaya yang boleh diharapkan.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog