Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 24 Julai 2018

Sabah kini kembali ke Piala Malaysia

Sabah kini kembali ke Piala Malaysia

Baca juga:

Kelantan dan Sabah bertemu di suku akhir

JDT dan Pahang bertemu di suku akhir

Aksi Sabah dan Pahang ditunda undang ketidakpuasan hati penyokong

Peningkatan pasukan adalah keutamaan Sang Badak

Peminat Sabah FA kecewa tiada siaran langsung di TV tempatan

Siaran langsung perlawanan Sabah FA vs Pahang FA

Sabah, Melaka sertai buruan ibu segala pingat



Sabah kini kembali ke Piala Malaysia


Selepas hampir tujuh tahun, Sabah akhirnya kembali ke kancah Piala Malaysia dan pencapaian itu ternyata membuat ketua jurulatih pasukan berkenaan, Jelius Ating, gembira serta menganggap ia satu kejayaan yang sangat membanggakan.




Sabah mengesahkan kelayakan mereka untuk beraksi di kejohanan bola sepak tertua negara itu selepas mudah menewaskan Felcra FC 3-0 dalam aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.




"Sudah begitu lama kami tidak layak untuk beraksi dalam Piala Malaysia dan tahun ini akhirnya kami kembali selepas hampir tujuh tahun (beraksi dalam Piala Malaysia).




"Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan bukan saja kepada pasukan tetapi saya percaya penyokong juga telah lama merindukan aksi Piala Malaysia," katanya.




Jelius berkata banyak pencapaian yang boleh dibanggakan pasukan Sabah tahun ini kerana selain layak ke Piala Malaysia, dua pemainnya turut diberi anugerah pemain terbaik bulanan.




"Selain itu, beberapa pemain kami juga telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan dan saya rasa semua pencapaian ini sangat bermakna bagi saya selepas pasukan ini agak terumbang-ambing sejak beberapa tahun lalu," katanya.




Beliau turut berterima kasih kepada semua pegawai pasukan, sama ada daripada pasukan perubatan atau pasukan teknikal, kerana memberi kerjasama yang baik selama ini.




Mengulas perlawanan malam tadi, Jelius berkata beliau sangat kagum dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dan menganggap ia antara aksi terbaik mereka musim ini.




"Saya berterima kasih kepada semua pemain, saya sangat kagum dengan usaha dan prestasi mereka hari ini. Bagi saya, ia bukan sesuatu yang baru kerana kita tengok, inilah prestasi yang kami mahu dan saya percaya mereka masih boleh melakukan lebih daripada itu.




"Kami sentiasa cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada, termasuk membawa pemain menonton semula rakaman video perlawanan, ternyata prestasi mereka terus meningkat daripada satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya.




Dalam aksi malam tadi, dua jaringan Hector Omar Ramos serta satu gol daripada Maxsius Musa sudah cukup untuk Sabah mencatat kemenangan selesa 3-0, sekali gus mengheret penentuan merebut satu lagi slot ke Liga Super dalam aksi terakhir liga, Jumaat ini.




Hanya tinggal tiga pasukan, termasuk Sabah, yang masih berpeluang untuk merebut tempat beraksi dalam Liga Super musim depan, namun laluan Sabah bukan mudah kerana selain perlu memenangi aksi terakhir bertemu PDRM, mereka juga perlu mengharapkan Felcra FC serta MISC-MIFA kecundang kepada lawan masing-masing.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog