Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 25 Mac 2018

TMJ sah letak jawatan sebagai Presiden FAM

TMJ sah letak jawatan sebagai Presiden FAM

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru dan menyerahkannya kepada setiausaha FAM.

Baca juga: Bekas Pemain Sabah Rozaimi Abdul Rahman

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM," kata TMJ.
‘Harimau dan kambing biri-biri tak boleh kerja bersama’

Tunku Ismail berkata, setahun memimpin FAM, beliau sudah membawa struktur dan sistem baharu dalam badan induk bola sepak negara antaranya mengadakan mesyuarat secara berkala di setiap negeri.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog