Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 29 April 2018

Penyakit lama pasukan Sabah kini kembali



Penyakit lama pasukan Sabah kini kembali


Penyakit lama pasukan Sabah kini kembali dalam saingan Liga Perdana 2018 di mana kemerosotan persembahan dar anak buah Jelius Ating. Dalam dua perlawanan di tempat lawan, Sabah mengalami kekalahan. Tewas kepada pasukan berstatus kelab UKM FC 2-3 kemudian kecundang di Pulau Pinang 1-2.
Ramai peminat bola sepak tempatan meluahkan kekesalan terhadap persembahan pasukan Sabah. Mereka mahukan perubahan segera dari jurulatih jika mahu mencapai misi ke Liga Super pada musim hadapan.

Peminat Sabah di laman sosial mempersoalkan penggunaan pemain yang bersesuian dengan formasi pasukan. Ada dua pemain yang telah diberi kesempatan beraksi iaitu Ummareng Bacok dan Leopold Alfonso. Kedua-dua pemain ini telah gagal beraksi dengan baik terutama dengan Leopold yang teruk dikritik oleh peminat Sabah.

Baca Kekalahan pertama pasukan Sabah

Disamping itu juga ketiadaan Heo yang beraksi bersama dengan Azizan Nordin di bahagian tengah amat dirasai oleh pasukan. Heo sekarang ini berada di negaranya Korea bagi memulihkan kecedraan lutut yang dialaminya. Kekurangan pendedahan dan pemain berkualiti yang mampu menggalas tempat Heo juga menyumbang kepada kekalahan Sabah. Diharapkan Jelius Ating dapat mengatasi masalah ini secepat mungkin untuk membawa Sabah ke landasan kemenangan.

Selain itu, peminat juga mengkritik penyerang import baru Hectro Ramos Lebron yang dilihat sangat tumpul dibahagian hadapan. Kelebihannya hanya kepada bentuk fizikal tetapi kekurangan face dan skill individu yang biasa-biasa saja. Peminat menyarankan supaya Sabah dapat mencari penyerang import yang berkualiti ketika jendela perpindahan dibuka kembali.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog