Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 3 Jun 2018

Jelius Ating dikritik teruk oleh @fanrhinos

Jelius Ating dikritik teruk oleh @fanrhinos


Kekaalahan Sabah 1-3 kepada pasukan berstatus kelab, UKM Fc membangkitkan kemarahan peminat bola sepak tempatan. Pasukan Sabah telah tewas dua kali kepada pasukan kelab ini, di mana perlawanan pusingan pertama liga menyaksikan Sabah tumbang 2-3.

Kekalahan ini menyaksikan peluang Sabah untuk layak ke Liga Super 2019 semakin pudar. 

Jurulatih Sabah FA yang sangat teruk dikritik oleh peminat bola sepak Rhinos. Di mana kelihatan pemain tidak mempunyai semangat melawan yang tinggi. Pemilihan pemain dan teknik yang lemah juga menjadi punca Jelius Ating dikritik teruk dalam media sosial, Facebook. 

Semuanya bermula apabila dua pemain import dari Korea, Gill Hoon dan Heo tidak disambung kontrak. Alasan yang diberikan adalah Safa mempunyai masalah kewangan untuk menyambung import dari Korea ini.

Pemain import yang baru Ogawa dan Rodoljub dilihat tidak mampu menggalas dan membantu pasukan yang memerlukan masa permainan untuk serasi dengan pasukan. 

Pemilihan pemain ketika menentang UKM FC juga turut dipersoalkan. Pemain berpengalaman dan berbakat seperti Sabri Sahar, Justin Samaan dan Janius Karib tidak diturunkan. Adakah pemain ini mengalami kecederaan atau tidak masih dalam teka teki belum terjawap.

Disamping itu teknik gaya permainan yang diterapkan oleh Jelius Ating juga amat muda dibaca oleh pihak lawan. Kepelbagaian gaya permainan amat diperlukan sekiranya berhadapan dengan pasukan yang mantap dan kuat.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog