Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 5 Julai 2018

Analisis suku akhir Piala Dunia

Analisis suku akhir Piala Dunia

Baca juga:


LONDON: Siapa yang melangkah ke peringkat empat terbaik Piala Dunia di Russia? Itu mungkin menjadi perdebatan peminat bola sepak di dunia ketika ini.

Selesai 'drama' peringkat kumpulan dan pusingan kedua - Perancis, Russia, Uruguay, Croatia, Brazil, Belgium, Sweden dan England - membuktikan mereka adalah lapan pasukan terbaik di dunia.

Begitupun, tiga daripadanya - Russia, Croatia dan England memerlukan 'tuah' sebelum mara menerusi penentuan penalti tetapi apa yang menarik, hampir kesemua pasukan mula menampilkan 'taring' mereka yang sebenar.

Tatkala ramai menjangkakan dua pasukan pilihan, Brazil dan Perancis yang tampak bergelut di peringkat kumpulan mungkin tersingkir, kedua-duanya garang di pusingan kedua malah tampil dengan aksi meyakinkan.

Berdepan juara Eropah, Uruguay pula membuktikan mereka lebih kuat ketika Belgium hampir dimalukan wakil Asia, Jepun sebelum mara dengan Sweden berdepan lawan dianggap 'setara' sebelum mara.



URUGUAY mln PERANCIS
Gelanggang: Stadium Nizhny Novgorod
Tarikh: 6 Julai (10.00 mlm)




Uruguay: Pasukan Amerika Selatan ini mara ke peringkat kalah mati tanpa dibolosi dan kekuatan disiplin jentera pertahanan membantu mereka menyingkirkan juara Eropah, Portugal yang diketuai penyerang berbisa, Cristiano Ronaldo.

Tetapi mereka bukan saja bergantung kepada kekuatan pertahanan yang diketuai kapten, Diego Godin. Gandingan serangan menerusi Luis Suarez dan Edinson Cavani juga cukup menggerunkan dan kedua-duanya terkenal dengan kebijaksanaan merobek gawang lawan.



Perancis: Prestasi naib juara Eropah Perancis di peringkat kumpulan menimbulkan banyak keraguan tetapi kekuatan sebenar mereka mula terserlah ketika bertemu Argentina yang juga naib juara Amerika Selatan di peringkat kalah mati.

Dijangka berdepan kesulitan untuk merobek gawang Argentina selain mengekang asakan serangan yang diketuai Lionel Messi, Perancis begitu seperti berada di kelas tersendiri dengan bintang remaja, Kylian Mbappe mencuri tumpan.



Kesimpulan: Kepantasan Mbappe jelas sesuatu yang gagal ditampung pertahanan Argentina, Marcos Rojo dan Nicolas Tagliafico justeru penting bagi pertahanan Uruguay untuk mengunci gerakannya.



Ramalan: Perancis mara



BRAZIL mln BELGIUM
Gelanggang: Kazan Arena
Tarikh: 7 Julai (2.00pg)




Brazil: Persembahan dominan ketika menentang Mexico akhirnya memberi gambaran jelas mengapa juara dunia lima kali ini dianggap antara calon juara di Russia.

Di bawah kendalian Tite, rekod pertahanan Brazil boleh dianggap mengagumkan tetapi kekuatan sebenar mereka hadir menerusi jentera serangan diketuai Neymar yang dilihat kembali ke prestasi terbaik tepat pada masanya.



Belgium: Dikuatkan dengan pemain-pemain berkualiti, Belgium memenangi peringkat kumpulan dengan selesa tetapi mereka hampir dikejutkan oleh Jepun di peringkat kalah mati.

Ketinggalan dua gol berbaki 30 minit masa perlawanan, skuad kendalian Roberto Martinez membuktikan mereka memiliki 'magis' tetapi jika persembahan sama ditampilkan ketika menentang Brazil, sukar mereka untuk layak.



Kesimpulan: Pertahanan Belgium dijangka paling tertekan bagi mengekang trio serangan Brazil diketuai Neymar, Firmino dan Philippe Coutinho. Menggunakan sistem tiga pertahanan, Vincent Kompany, Jan Vertonghen, Toby Alderweireld mungkin akan memakan diri jika diteruskan ketika bertemu Brazil.



Ramalan: Brazil mara



RUSSIA mln CROATIA
Gelanggang: Stadium Olimpik Fisht
Tarikh: 8 Julai (2.00pg)




Russia: Tuan rumah meraih kemenangan meyakinkan ke atas Arab Saudi dan Mesir sebelum 'diajar' Uruguay tetapi kesilapan susulan kekalahan itu diperbaiki ketika menyingkirkan juara 2010, Sepanyol.

Kekuatan Russia dianggap seimbang tetapi ketiadaan pemain bintang membuatkan mereka bergelut ketika bertemu pasukan terbaik dengan satu-satunya cara adalah mengheret aksi ke penentuan penalti sebelum berharap penjaga gol, Igor Akinfeev sekali lagi tampil dengan aksi menghiburkan.



Croatia: Berakhir peringkat kumpulan, Croatia mungkin dianggap pasukan paling kuat pada kempen Piala Dunia di Russia selepas menewaskan Argentina, Nigeria dan Iceland.

Tetapi berdepan Denmark yang memiliki skuad yang tersusun, pasukan yang dilimpahi deretan bintang termasuk Luca Modric, Ivan Rakitic dan Mario Mandzukic ini akhirnya terpaksa mengharapkan penjaga gol, Danijel Subasic untuk mara menerusi penentuan penalti.



Kesimpulan: Tanpa mengira 'deretan bintang' atau kuasa 'tuan rumah', kekuatan barisan tengah dijangka memainkan peranan penting dalam aksi kali ini. Seperti bertemu Sepanyol, Russia dijangka terpaksa mengharapkan Aleksandr Golovin untuk bermain seperti 'memiliki tenaga tanpa batas' jika mahu layak.


Ramalan: Croatia mara menerusi penalti


SWEDEN mln ENGLAND
Gelanggang: Samara Arena
Tarikh: 7 Julai (10.00 mlm)




Sweden: Usaha keras menyaksikan Sweden melepasi peringkat kumpulan yang disertai juara dunia, Jerman dan Mexico selaku juara.

Dianggap pasukan paling seimbang di segenap posisi, mereka mara selepas menewaskan Switzerland 1-0 dan meskipun perlawanan itu dianggap agak membosankan tetapi bagi Sweden, kemenangan lebih utama. Dan jangan dilupa, mereka adalah pasukan yang meranapkan harapan Belanda dan Itali untuk ke Russia.



England: England mungkin masih lagi 'berpesta' selepas badi penentuan penalti mereka di kejohanan utama berjaya ditamatkan susulan kemenangan ke atas Colombia.

Selepas menewaskan Tunisia dan Panama di peringkat kumpulan, kekalahan 0-1 pada aksi terakhir menentang Belgium dianggap sebagai percaturan Gareth Southgate bagi mengharungi aksi berikutnya tetapi ia tidak begitu menjadi apabila mereka hampir dikejutkan Colombia.



Kesimpulan: Berdasarkan rekod, Sweden mempunyai rekod yang baik menentang England tetapi kualiti pemain yang dimiliki skuad Three Lions ketika ini sekali pun muda seperti Harry Kane, Reheem Sterling tidak boleh dipandang rendah.



Ramalan: England mara

Sumber: bHarian.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog