Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 9 Julai 2018

Majlis Belia Sabah (MBS) Keningau Tuan Rumah Karnival Futsal Piala Presiden


Majlis Belia Sabah (MBS) Keningau Tuan Rumah Karnival Futsal Piala Presiden


Majlis Belia Sabah (MBS) kembali menganjurkan Karnival Futsal Piala Presiden dan kali ini mereka memilih kawasan pedalaman Keningau sebagai tuan rumah.

Kejohanan edisi ke-7 itu bakal berlangsung di gelanggang Patikang Futsal Club, Keningau, pada 4 dan 5 Ogos depan dengan jumlah penyertaan tahun ini dijangka mencecah 100 pasukan, termasuk pasukan wanita.

Timbalan Presiden MBS, Azuwan Marjan berkata pihaknya memilih Keningau sebagai tuan rumah kerana menjangkakan banyak penyertaan daripada kawasan pedalaman, khususnya pasukan wanita selain bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Keningau tahun ini.

"Seperti sebelum ini, kejohanan ini diadakan secara karnival kerana selain pertandingan futsal, turut diadakan ialah pameran daripada agensi-agensi kerajaan serta usahawan-usahawan belia dari kawasan pedalaman.

"Konsep kejohanan juga sama seperti sebelum ini, iaitu kita akan memberikan jersi kepada setiap pemain yang berdaftar," katanya dalam sidang media di Pejabat MBS, Kota Kinabalu, hari ini.

Azuwan berkata johan bagi kategori lelaki bakal membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi serta satu set jersi manakala pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing bakal memenangi wang tunai RM2,000 dan RM1,000 serta trofi.

Bagi kategori wanita pula, johan bakal memenangi wang tunai RM2,000, trofi serta satu set jersi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa balik wang tunai RM1,200 dan RM800 serta trofi.

Yuran penyertaan bagi setiap pasukan lelaki ialah RM150 manakala pasukan wanita sebanyak RM100 dengan tarikh akhir penyertaan ialah pada 27 Julai ini, sebelum jam 4 petang.- Stadiumastro.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog