Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 3 Ogos 2018

Kejutan 'underdog' Piala Dunia cetus semangat Sabah

Kejutan 'underdog' Piala Dunia cetus semangat Sabah




Baca Juga:
Semangat "kasi radu" harus dikekalkan 
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
5 calon Presiden SAFA

Sabah mahu menjadikan kejutan pasukan 'underdog' dalam Piala Dunia 2018 sebagai pencetus semangat untuk mereka memberi saingan kepada pasukan gergasi dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Menyedari mereka bukanlah pilihan dalam saingan kumpulan D, pengendali Sabah, Jelius Ating, tetap yakin anak buahnya mampu memberi saingan sengit dalam kempen Piala Malaysia kali ini, bermula dengan aksi bertemu juara Piala FA, Pahang, di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam esok.

"Kami telah lama tidak bertemu dengan Pahang tetapi saya tahu mereka sebuah pasukan yang kuat dan mantap di semua posisi, lebih-lebih lagi mereka bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong mereka malam esok.

"Kami telah melihat rakaman perlawanan membabitkan Pahang musim ini dan kami ada strategi tersendiri untuk menyaingi mereka.

"Dalam bola sepak, tiada yang mustahil, kita boleh ambil contoh kejohanan Piala Dunia lalu, banyak pasukan 'underdog' yang mencipta kejutan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Jelius berkata harapannya dalam perlawanan esok adalah untuk mengutip mata, tidak kisahlah sama ada menang atau seri.

"Perlawanan esok juga adalah aksi pertama kami dalam Piala Malaysia selepas lebih enam tahun (gagal layak ke Piala Malaysia) dan sudah pasti kami ingin mulakan kempen dengan baik walaupun dianggap sebagai 'underdog'," katanya.

Sementara itu, Jelius berkata beliau akan mengekalkan kesebelasan utamanya sebelum ini untuk berdepan skuad Tok Gajah kecuali memasukkan semula Dendy Lowa bagi menggantikan Evan Wensley Wenceslaus.

"Dendy telah kembali cergas untuk memulakan perlawanan, namun kami masih kehilangan khidmat pemain import, Keisuke Ogawa, dan Jenius Karib yang masih belum sembuh sepenuhnya," katanya.

Jelius dijangka meletakkan Rozaimie Rohim selaku penjaga gol utama dengan dibantu empat pertahanan, iaitu Dendy, Rawilson Batuil, Randy Baruh dan Francis Kasonde.

Sabri Sahar pula akan terus mengemudi bahagian tengah dengan dibantu Mohd Azzizan Nordin, Maxsius Musa dan Hamran Peter manakala dua penyerang import, Hector Omar Ramos serta Rodoljub Paunovic, kekal sebagai pemburu jaringan buat Sang Badak.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog