Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 19 Ogos 2018

Sabah puas benam Selangor



Sabah puas benam Selangor

Gergasi Merah sedia "Pijak" Sang Badak
Sabah gah, Selangor semakin parah


KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating kagum melihat semangat juang tinggi yang dipamerkan anak buahnya sehingga mereka berjaya mengatasi Selangor 2-1 pada aksi kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Likas, di sini, malam tadi.



Jelius berkata, aksi malam tadi begitu sengit dengan pasukan pelawat banyak memberi tekanan kepada mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka lebih dulu dibolosi.



"Bagaimanapun, pemain sekali lagi membuktikannya, mereka tidak putus asa selagi wisel penamat belum dibunyikan pengadil dan akhirnya kita berjaya memenangi perlawanan itu, walaupun di penghujung.




"Kemenangan terhadap Selangor juga sangat manis buat saya kerana kita tahu pasukan ini sangat sinonim dengan Piala Malaysia. Mereka (Selangor) bermain baik malam ini tapi kita berjaya mengatasi tekanan yang diberikan mereka," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu, di sini, malam tadi.



Pada aksi malam tadi, Selangor lebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Sean Eugene Selvaraj pada minit ke-79.



Bagaimanapun, dua pemain gantian iaitu Rahman Shah Marajeh dan Ricco Nigel Milus memastikan kemenangan bergaya Sabah apabila masing-masing meledak gol pada minit ke-82 dan di masa kecederaan perlawanan.



Sementara itu, Jelius berkata walaupun mereka mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Piala Malaysia setakat ini, masih ada lagi ruang yang perlu diperbaiki.



"Memang secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan pasukan pada tiga perlawanan lalu termasuklah ketika seri dengan Pahang di Kuantan, namun kita harus memperkuatkan lagi bahagian tengah kita.



"Jika kita tengok perlawanan malam ini (malam tadi), kita terlalu banyak memberi ruang kepada Selangor di bahagian tengah sehingga membolehkan mereka menguasai bola, kita harus tingkatkan lagi kualiti kita di bahagian ini," katanya.



Dengan kemenangan malam tadi, Sabah kekal di kedudukan kedua namun berkongsi tujuh mata dengan Pahang yang kini mendahului kumpulan D dengan kelebihan jaringan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog