Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 19 Mac 2018

TMJ bakal membeli 5 pemain import berkualiti

Pasukan JDT 2018

Pasukan JDT 2018

TMJ bakal membeli 5 pemain import berkualiti


Juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memperkuatkan pasukan mereka pada jendela perpindahan kedua nanti apabila pemilik kelab itu, DYMM Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan beliau akan menyediakan dana yang besar untuk membeli pemain import yang hebat.


“Kita ada fasiliti dan kualiti permainan atas padang yang terbaik.
Tetapi tahukah anda kita juga mempunyai ‘problem’ yang paling banyak seperti karakter dan pemikiran pemain dalam pasukan.

“Namun begitu ini semua adalah asam garam dalam semua pasukan bolasepak di dunia. Kita juga tidak dapat lari.

“Saya akui saya individu yang banyak buat silap, sejak 2013 lagi. Sudah terantuk baru terngadah…

“Saya akan ambil sepenuh tanggungjawab. Pasukan yang kita ada sekarang kita akan teruskan sehingga sesi perpindahan pemain baru dibuka dalam bulan 5 nanti. Saya tidak risau kerana JDT adalah satu pasukan besar,” katanya seperti dipetik di laman JOHOR Sounthern Tigers (JST).


Tunku Ismail turut mendedahkan Luciano Figueroa masih kekal sebagai pemain import skuad Harimau Selatan dan beliau bakal melaburkan lebih banyak duit untuk membawa masuk pemain import yang lebih berkualiti.

“Buat masa ini Lucho masih pemain import kita. Saya nak ‘membazir’ selepas ni.


“Saya silap bila buat keputusan untuk merendah diri dan berjimat cermat tahun ini. Beli pemain-pemain lama yang kononnya bakal mudah untuk buat pasukan.

“Penyakit baru saya sekarang adalah saya nak ‘membazir’. Oleh itu saya dah sediakan dana untuk membawa masuk pemain yang hebat.

“Saya nak beli pemain mahal. Buat masa ini ada 5 pemain import dalam ‘short list’ kita. Saya tak suka kalah. Tak kena dengan jiwa kita,” jelasnya.
Raul Longhi kekal sebagai jurulatih JDT.

Raul Longhi kekal sebagai jurulatih JDT.

Malah, skuad itu akan mengekalkan Raul Longhi sebagai pengendali JDT dan tidak akan mencari jurulatih baharu bagi menggantikan Ulisses Morais yang membuatkan keputusan untuk letak jawatan kerana masalah kesihatan keluarganya.

“Kehilangan Ulisses Morais adalah satu kehilangan besar kepada JDT.


“Beliau adalah paling sesuai kepada falsafah dan polisi JDT. Namun begitu saya amat berpuas hati dengan Raul. Pemain-pemain juga selesa dengan beliau. Tidak akan ada jurulatih baru,” jelasnya.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog