Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 27 Julai 2018

Klopp kena ada kejuaraan selepas berbelanja mewah

Klopp kena ada kejuaraan selepas berbelanja mewah




Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, cuba memberi tekanan ke atas Liverpool dengan menyeru media untuk "menuntut mereka kejuaraan" Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Skuad Merseyside itu telah berbelanja besar dalam beberapa bulan kebelakangan ini dalam usaha mereka untuk memperbaiki kedudukan tempat keempat musim lalu.

Setelah menandatangani Virgil van Dijk sekitar £75 juta (RM399.40j) pada Januari lalu serta berbelanja £52.75j (RM280.9j) ke atas Naby Keita, Liverpool turut menggunakan £40j (RM213j) untuk memancing Fabinho, £56.2j (RM299.2j) ke atas Alisson serta £13.2j (RM70.2j) untuk mendapatkan khidmat Xherdan Shaqiri.

Menurut Mourinho, perbelanjaan berkenaan mengundang kepada jangkaan dan dia mahu memastikan Jurgen Klopp sedar mengenai pencapaian yang perlu ditepatinya.

Bercakap selepas kemenangan penalti United ke atas AC Milan dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), pengurus Portugis itu berkata: "Mungkin musim ini, akhirnya anda (media) boleh menuntut kemenangan daripada mereka.

"Anda perlu bersikap adil dan sekarang anda perlu membuat tuntutan atas pelaburan mereka sejak musim lalu, bukan setakat musim ini.

"Dengan pelaburan seperti itu, saya tidak melihat pasukan lain yang lebih dekat dengan (kejuaraan). Sebuah pasukan yang muncul sebagai finalis dalam Liga Juara-Juara, anda harus mengatakan mereka adalah calon utama.

"Mereka mesti menang."

Mourinho turut berseloroh mengenai Klopp selepas pengurus kelahiran Jerman itu mempersoalkan pembelian Paul Pogba dari Juventus pada 2016 yang hadir menerusi rekod termahal dunia yang boleh meningkat sehingga £94j (RM500j).

Pada masa itu, Klopp memberitahu bahawa beliau tidak selesa dengan perbelanjaan sedemikian sehingga mengundang Mourinho untuk berkata: "Saya fikir jika anda mempunyai wang yang banyak, jika anda melabur dengan baik, adalah lebih bagus daripada menyimpannya di dalam bank kerana labanya sangat rendah.

"Masalahnya ialah anda perlu melabur dengan baik dan jujur. S​aya fikir mereka melakukannya dengan baik kerana setiap pemain yang mereka beli adalah berkualiti dan saya gembira untuk mereka.

"Justeru, saya juga gembira untuk tersenyum dan melihatnya. Anda tahu, anda boleh mengubah pendapat dan juga sebagai individu. Ia kelakar tetapi tiada masalah."
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog