Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 25 Julai 2018

Mourinho mahu dua lagi pemain baru

Mourinho mahu dua lagi pemain baru




Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berharap dapat menandatangani dua pemain baru tetapi tidak pasti berpeluang melakukannya.

United membawa masuk pemain tengah Brazil, Fred, untuk musim 2019 di samping pemain remaja, Diogo Dalot, dan penjaga gol, Lee Grant, yang akan menjadi tonggak sokongan kepada David de Gea dan Sergio Romero.

Anthony Martial dikaitkan akan keluar dari Old Trafford sementara Harry Maguire, Miralem Pjanic dan Ivan Perisic dilaporkan menjadi sasaran United.

Sungguhpun Mourinho tidak memberi sebarang maklumat, pengurus United berkenaan memberi bayangan bahawa dia tidak berpuas hati dengan aktiviti perpindahan kelab itu.

"Satu perkara yang saya hajati," katanya kepada ESPN. "Satu lagi perkara akan berlaku.

"Saya akan mendapatkan dua lagi pemain."

Kekuatan United di bangku simpanan akan terus diuji berikutan kecederaan yang menimpa Antonio Valencia ketika seri dengan San Jose Earthquakes, kelmarin.

Mourinho mengesahkan pertahanan kanan itu akan terlepas kebanyakan kempen pra-musim ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan Dalot akan diketepikan sehingga September manakala Matteo Darmian dijangka kembali ke Serie A.

"Saya tidak fikir dia akan dapat beraksi dalam mana-mana tiga perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC)," kata Mourinho mengenai Valencia, yang dijangka akan dinamakan selaku pengganti Michael Carrick untuk memakai lilitan kapten kelab.

"Ini bukan masanya untuk mengambil sebarang risiko. Antonio bukannya pemain muda, kami harus menjaganya dan cuba mendapatkan khidmatnya untuk permulaan musim ini.

"Kami membeli pemain yang hebat (Dalot): seorang pemain muda berusia 19 tahun yang saya fikir mungkin pertahanan kanan muda paling menyerlah di Eropah.

"Namun, dia baru selesai menjalani pembedahan pada Mei lalu dan perlukan tempoh untuk pulih, jadi ia menjadi satu lagi sebab mengapa kami perlu mengambil berat mengenai Antonio."

United akan menghadapi AC Milan, Liverpool dan Real Madrid dalam kempen ICC sebelum perlawanan persahabatan menentang Bayern Munich.

Red Devils kemudian akan memulakan kempen EPL 2019 menentang Leicester City pada 10 Ogos ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog