Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 1 Februari 2019

Harga tiket naik mula dijual 10 pagi esok

Harga tiket naik mula dijual 10 pagi esok




ANDREW MAJANGGIM.

Tiket bagi perlawanan Liga Premier Sabah menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) malam esok mula dijual jam 10.00 pagi di kaunter Stadium Likas esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Andrew Majanggim berkata, 2,000 tiket pertama juga disertakan dengan baju Tambadau.
Baca juga: Sokongan peminat Tambadau diperlukan
Menurutnya, ada sedikit kenaikan harga tiket tetapi masih pada kadar berpatutan. Difahamkan kenaikan tiket sebanyak RM 5 bagi tempat berbumbung dan tidak berbumbung. Kenaikan harga tiket ini mendapat reaksi bercampur-campur dikalangan peminat Tambadau. Ada peminat mahukan harga tiket dikekalkan dan lebih fokus kepada persiapan pasukan dalam saingan Liga Perdana.

"Kenaikan harga tiket ini adalah antara usaha membantu kewangan SAFA. Saya harap peminat bola sepak memahami.

"Tambahan pula harga tiket ini tidak pernah dinaikkan sudah lebih dua dekad," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog