Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 10 Februari 2019

Luiz Milunovic dan Luiz Junior beri impak segera kepada Tambadau Sabah


Luiz Milunovic dan Luiz Junior beri impak segera kepada Tambadau Sabah


Jurulatih Sabah, Jelius Ating berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun gagal membawa pulang mata penuh selepas seri 3-3 dengan Kelantan pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Katanya, skuad kendaliannya hampir memenangi perlawanan itu walaupun dua kali ketinggalan namun kurang bernasib baik apabila dibolosi pada minit akhir perlawanan dan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata.Secara keseluruhan kita bermain dengan baik dan menguasai perlawanan terutama pada separuh masa kedua, bagaimanapun kita dibolosi terlalu awal iaitu pada minit keenam.

"Masih banyak yang kita perlu perbaiki terutama di bahagian pertahanan kerana selepas dua perlawanan kita dibolosi sebanyak lima kali dan empat daripadanya adalah daripada situasi bola mati," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Baca juga: Jelius gembira pemain semakin serasi
Jelius berkata, walaupun berjaya menghasilkan tiga gol pada aksi malam tadi, bahagian serangan pasukan itu masih perlu diperkemaskan kerana beberapa peluang baik gagal disempurnakan."Kemasukan Junior (Luiz Carlos Caetano De Azevedo Junior) juga banyak membantu pasukan malam tadi walaupun ia adalah aksi pertamanya, begitu juga dengan Luka (Milunovic) yang semakin serasi dengan pasukan.

"Bagaimanapun bahagian serangan masih perlu diperkemaskan lagi, kerana jika kita tidak menyempurnakan peluang yang terhidang, peluang untuk kita memenangi perlawanan menjadi tipis," katanya. Keputusan itu menyaksikan Sabah dan Kelantan masing-masing berada di kedudukan kelapan serta kesembilan selepas mengutip satu mata daripada dua perlawanan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog