Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 9 Februari 2019

Jelius gembira pemain semakin serasi

Jelius gembira pemain semakin serasi




Biarpun gagal membawa pulang tiga mata penuh, ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, gembira dengan peningkatan aksi pemainnya ketika seri 3-3 dengan Kelantan dalam pertemuan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Sabah sudah berada di ambang kemenangan apabila mendahului tuan rumah 3-2, namun sedikit kelalaian benteng pertahanan meleburkan hajat skuad Tambadau itu untuk mencipta kejutan.
“Kalau kita lihat perlawanan malam ini (tadi) cukup menghiburkan. Kelantan atau Sabah masing-masing sebenarnya berpeluang memenangi perlawanan ini.

“Tetapi apa yang positif, kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan tinggi dan cuba mengatasi satu sama lain,” katanya.
Ditanya rahsia kebangkitan skuad Sabah dalam babak kedua sehingga mampu mencemaskan pasukan tuan rumah, Jelius menjelaskan pemainnya tahu apa yang perlu dilakukan.
Baca juga: Harga tiket & kualiti pasukan
“Tidak ada sebarang rahsia dan saya juga tidak pesan apa-apa kepada pemain kerana percaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan.
"Paling penting, bagaimana mereka bekerja keras dan berusaha hingga ke wisel terakhir,” ujarnya.

Pengendali berusia 48 tahun ini juga tidak panik dengan situasi semasa apabila setakat ini skuad kendaliannya mengutip satu mata daripada dua perlawanan liga.

“Masih terlalu awal untuk menilai prestasi pasukan. Cuma apa yang saya lihat, ada sedikit peningkatan daripada kombinasi pemain import kami.“Ketika persiapan pra-musim, tiga pemain import kami tidak beraksi bersama. Jadi, ini baharu perlawanan kedua tetapi saya cukup puas hati dengan prestasi mereka,” katanya.





Sumber: Stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog