Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 19 Februari 2019

Luka Milunovic jelmaan Scott Ollerenshaw

Luka Milunovic--Photo TRT

Luka Milunovic jelmaan Scott Ollerenshaw


Kehadiran Luka Milunovic sebagai pemain import Tambadau musim Liga Perdana 2019 banyak mengubah gaya permainan pasukan. Mana tidaknya pemain ini telah meledak tiga gol dalam tiga perlawanan liga. Satu pencapaian yang sangat bagus bagi seorang penyerang. Berganding baik dengan tiga lagi rakan di bahagian serangan iaitu Rodoljub dan Luiz Junior.

Kelicikan Luiz ini menyebabkan ada penyokong bola sepak Sabah berpendapat pemain ini jelmaan lagend Sabah era Matlan Marjan, Scoot Ollerenshaw. Selepas era Scoot sudah agak lama Sabah memiliki pemain import serangan yang berkualiti.


Pendapat ini dikongsikan bersama di page facebook Buletin Sabah FA. Walaupun ianya hanya pendapat dan pandangan peribadi tetapi tidak dinafikan Luiz mempunyai teknik an skill bola yang menarik. Diharapkan pemain ini terus kekal konsisten bagi membawa pasukan Sabah ke arah kejayaan. Selepas ini akan bertemu Sarawak FA pada 23 Februari 2019 di Stadium Kuching, Sarawak.
Baca juga: Sarawak FA dan Sabah Head to Head

Biodata Luka Milunovic:-


Nama: Luka Milonovic
Umur: 26 Tahun
Kelab terakhir: Melaka United
Posisi: Penyerang
Asal: Serbia

Share:

1 comments:

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog