Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 19 Februari 2019

Sarawak FA vs Sabah FA Head To Head


Sarawak FA vs Sabah FA Head To Head


Perlawanan keempat Liga Perdana Malaysia 2019 antara Sarawak FA dan Sabah FA dijangka menjanjikan aksi yang sengit. Sabah yang baru saja mencapai kemenangan sulung pasti mahu meneruskan momentum kemenangan. Sabah menumpaskan Terengganu FC ll 3-1 di Stadium Likas. Manakala Sarawak yang telah dikecewakan oleh Selangor United dengan jaringan lewat permainan yang berkesudahan Sarawak tewas 2-3.

Perlawanan Super Derby Borneo ini pasti berlangsung dengan tempoh permainan yang tinggi dan pantas. Melihat kepada head to head kedua pasukan, dalam empat pertemuan Sarawak menang dua kali. Manakala Sabah menang sekali dan seri sekali. Dengan jaringan yang sedikit bermakna kedua pasukan tidak mahu tewas dan bermain dengan berhati-hati.
Baca juga: Vinicius Junior sambung legasi Ronaldo

Selepas tiga perlawanan liga, Sabah berada di kedudukan kelima liga dengan empat mata. Manakala pasukan Bujang Senang berada di kedudukan kesembilan liga dengan tiga mata.

Perlawanan Super Derby ini akan berlangsung pada 23 Februari 2019, jam 8.15 malam di Stadium Kuching, Sarawak. 
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog