Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 5 Oktober 2018

Game plan terbaik elak Sabah tewas besar di Ipoh Perak

Game plan terbaik elak Sabah tewas besar di Ipoh Perak


Game plan yang terbaik adalah ramuan hebat buat Sabah bagi mengelakkan kekalahan besar dengan Perak di Ipoh. Bukan menidakkan semangat melawan pemain Sabah tetapi melihat kepada form Perak sepanjang kempen Piala Malaysia, tugas sukar buat anak buah Jelius Ating.

Formasi 4-4-2 yang diterapkan oleh jurulatih Jelius Ating sepanjang kempen Piala Malaysia dilihat menjadi. Cuma kekangan dalam pemilihan pemain yang berkualiti menjadi masalah utama Sabah. Keadaan ini jelas kelihatan apabila Pahang membelasah pasukan kedua Sabah di Likas dalam pertemuan terakhir dalam kumpulan.

Pemain seperti Ricco, Mafry Balang, Ummareng Bacok dan Robson Rendy Rining gagal beraksi dengan baik di kala diberi peluang beraksi.

Dalam perlawanan suku akhir kedua di Likas menentang Kelantan, serangan Sabah banyak dibantu oleh kelincahan dan kelajuan pemain sayap kanan Maxius Musa. Jika Maxius Musa off form maka agak sukar bagi Sabah mengatur serangan di kubu lawan.

Oleh yang demikian game plan yang baik akan menentukan nasib Sabah di Perak. Pasukan Perak di lihat lebih mantap dan teratur di semua posisi berbanding Kelantan. Pemain Sabah harus mengelakkan kekasaran di bahagian merbahaya. Ini kerana pemain Sabah mempunyai kebolehan melakukan jaringan melalui tandukan dan percubaan terus.

Di samping itu, pertahanan Sabah harus sentiasa fokus dan merantai penyerang merbahaya Perak Wander Luiz. Pemain import ini membantu Perak ke separuh akhir dengan jaringan jarak jauh dan melalui tandukan.

Azizan Nordin dan Sabri Sahar juga perlu menutup ruang dibahagian tengah dengan menutup ruang dengan cepat. Di bahagian serangan pula, tiga serangkai Hamran Peter, Maxius Musa dan Rodoljub perlu berkerja keras membantu Hector Ramos di bahagian serangan.

Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada 07 Oktober 2018 di Stadium Ipoh Perak dan 21 Oktober 2018 di Stadium Likas bagi pusingan kedua. Siaran langsung boleh ditonton di aplikasi iFlix.








Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog