Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 6 Oktober 2018

K Nanthakumar mahu Perak ubat luka lama



K Nanthakumar mahu Perak ubat luka lama

Baca juga:
Perlawanan paling sukar dalam saingan Piala Malaysia
Ramalan line up Pasukan Sabah
Game plan terbaik elak tewas di Ipoh
Semangat Kinabalu pemain Sabah atasi imbuhan
Rodoljub mahu bantu Sabah layak ke final
Review perlawanan separuh akhir pertama Perak dan Sabah
Bakal menerima RM 15 000 seorang pemain Perak

Sebelas tahun sudah berlalu namun kesan kekalahan 0-3 Perak di tangan Kedah pada final Piala Malaysia 2007 masih berbekas di hati K Nanthakumar.



Nantha salah seorang pemain beraksi untuk Perak pada malam itu, menyaksikan Kedah membawa pulang trofi kejuaraan melalui jaringan Khyril Muhymeen Zambri dan Marlon Alex James.



Ia malam serba tidak menjadi untuk Perak yang turut menyaksikan kaptennya, Ahmad Shahrul Azhar Sofian dibuang padang.



Itu juga merupakan penampilan terakhir Perak di pentas final. Malam esok, The Bos Gaurus akan membuat perhitungan dengan Sabah di Stadium Perak pada separuh akhir pertama Piala Malaysia dan Nantha menaruh harapan tinggi terhadap anak buah Mehmet Durakovic untuk menebus kegagalan skuad 2007.



“Saya bukan sahaja mahu Perak layak ke final malah menjuarai Piala Malaysia tahun ini bagi menebus apa yang kami gagal lakukan pada 2007. Saya yakin skuad kali ini mampu lakukan.



“Bukan bermaksud memandang rendah kemampuan Sabah namun pada penilaian saya Perak mempunyai skuad lebih mantap berbanding lawannya. Ini peluang terbaik untuk mereka mara ke final.



“Begitu pun perlawanan malam esok sangat penting yang mana Perak perlu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mencari bekalan yang selesa.



“Berdasarkan pengalaman saya bersama MIFA, Sabah memang liat untuk dikalahkan bila bermain di Stadium Likas,” kata Nantha yang kini menjadi penolong jurulatih MIFA.



Bekas pemain yang turut pernah menyarung jersi Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan itu yakin jika Perak mampu melepasi halangan separuh akhir, mereka akan tampil sebagai juara, tidak kira siapa lawan mereka di final kelak.



“Banyak pasukan gerun dengan reputasi JDT (Johor Darul Ta’zim) tapi hakikatnya, musim ini mereka tidak sehebat mana apabila pernah dikalahkan pasukan kerdil seperti MIFA dan Kelantan.”



Jadi, jika Perak bertemu JDT di final, saya tidak nampak sebab mengapa mereka tidak mampu untuk mengalahkan pasukan itu dan muncul juara. Begitu juga jika mereka menentang Terengganu,” kata Nantha dengan nada yakin.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog