Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 27 November 2018

Safiq mungkin kembali ke pangkuan Selangor

Safiq mungkin kembali ke pangkuan Selangor




Baca Juga:  
Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand 
Hadi kian selesa di Okayama
Adisak ancaman terbesar Malaysia 
Christie cari pasukan baru
Rumors Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019 
Kim Swee panggil anak Scott Ollerenshaw  
Hukumlah tapi jangan abai gaji kami
Sabah tuan rumah Empat Penjuru Jemputan Asean 
Sabah juara Piala Agong 2018 
Beli bekas penyimpanan 390 pound tapi dapat wang tunai 5.8 juta pound 

Jurulatih Selangor, B. Sathianathan, tidak menolak kemungkinan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, bakal menyertai skuad Gergasi Merah selain mengesahkan berjaya mendapatkan enam muka baru pemain tempatan.

Sathianathan mengakui ada perundingan diadakan dengan Safiq, namun tidak mahu memberikan sebarang kata putus sama ada pemain tengah itu akan bersama Selangor.

Segalanya hanya kemungkinan, dengan dia menyerahkan semua proses rundingan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi membuat keputusan.

Selain bekas pemain Kedah, Syazwan Zainon, yang sah bersama Selangor, pengendali itu menjelaskan lima pemain tempatan baru dengan dua daripada mereka bekas pemain Terengganu, akan diumum dalam masa terdekat.

"Ada lagi seorang pemain yang cuba saya bawa semula ke Selangor dan kalau ia berjaya, ini akan memudahkan kerja saya.

"Ada lima lagi pemain tempatan serta tiga nama pemain asing, jadi semuanya mungkin lapan muka baru. Mereka tidak begitu muda tetapi sudah memiliki pengalaman," katanya.

Mengenai pemain import, Sathianathan membayangkan hanya penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia, akan kekal selain masih mempertimbangkan kedudukan Evan Dimas.

"Sekarang ramai ejen dan semua menghantar nama. Kalau saya tidak tutup telefon, tidak dapat tidur. Semua meletakkan pemain dalam kelas dunia atau terhandal. Itu satu cabaran yang mungkin besar kerana untuk mendapatkan pemain tepat, ia bukan mudah," tambah Sathianathan.



- stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog