Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 26 November 2018

Sabah juara Piala Agong 2018

Sabah juara Piala Agong 2018



KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Juara empat kali, Sabah muncul juara Ragbi Piala Agong 2018 selepas menewaskan Kelantan 47-45 dalam perlawanan pentas akhir yang sengit, berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Sabah yang dibimbing bekas pemain berpengalaman dari New Zealand, Brad Mika tidak menunggu lama untuk berada di depan seawal 30 saat perlawanan bermula apabila Mohamad Safwan Abdullah berjaya melakukan trai dan Muhamad Amirul Aqil Kamsol melengkapkan conversion untuk mendahului 7-0.

Tersentak dengan itu, Kelantan yang dibarisi beberapa pemain skuad ragbi tujuh sepasukan (7’s) negara termasuk kapten kebangsaan, Mohd Syahir Asraf Rosli mula memperkemas permainan dan hasilnya mereka pula berjaya mendahului hasil sepakan penalti Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi pada minit ke-12, seterusnya trai Muhammad Ikwan Akmal Zulkipli dan conversion Azwan menjadikan Kelantan mendahului 10-7.


- BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog