Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 26 November 2018

Christie cari pasukan baru


CHRISTIE Jayaseelan

Christie cari pasukan baru

Baca Juga:   
Rumors Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2019 
Kim Swee panggil anak Scott Ollerenshaw  
Hukumlah tapi jangan abai gaji kami
Sabah tuan rumah Empat Penjuru Jemputan Asean 
Sabah juara Piala Agong 2018 
Beli bekas penyimpanan 390 pound tapi dapat wang tunai 5.8 juta pound 


KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Christie Jayaseelan terpaksa mencari haluan baru selepas menolak untuk kekal bersama FELDA United bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.



Christie yang terkenal dengan larian pantas dan skil individu yang baik adalah antara tonggak utama kejayaan skuad The Fighters menjuarai Liga Perdana musim ini.



ADVERTISING


Bagaimanapun, dia memilih haluan berbeza dan kini mencari pasukan baru untuk menghadapi kempen musim depan.




Katanya, dia yakin masih mampu memberikan persembahan terbaik seperti pernah dipamerkan ketika bersama FELDA dan pasukan kebangsaan yang kali terakhir dipanggil pada 2016 ketika di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.



“Selepas semusim bersama FELDA, tiba masanya saya beralih angin meneruskan kerjaya bola sepak dengan pasukan lain musim depan yang mungkin lebih mencabar dan mampu memberikan sinar baru dalam karier saya.



“Sebagai pemain profesional, saya sentiasa bersedia menerima apa saja kemungkinan dan sekarang fokus saya adalah untuk mencari pasukan baru dan kalau boleh saya mahu beraksi di Liga Super.



“Kalau ikutkan memang ada beberapa pasukan yang menghubungi saya, tapi ia sekadar perbincangan biasa tanpa tawaran kontrak. Kalau boleh saya mahu mencari pasukan dengan segera,” katanya.



Kontrak yang ditandatangani selama semusim bersama FELDA berakhir hujung bulan ini dengan majikannya ada menawarkan lanjutan kontrak kepadanya.



Namun, selepas memikirkan pelbagai perkara, bekas pemain Pahang itu memilih untuk tidak bersama FELDA.



“Saya harap musim 2019 memberikan kejayaan lebih baik dalam kerjaya saya sekali gus cuba mengetuk kembali pintu skuad kebangsaan,” katanya yang meledak enam gol buat FELDA musim ini.


- bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog