Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 8 Ogos 2018

Sabah berwaspada kelincahan Fandi Ahmad

Sabah berwaspada kelincahan Fandi Ahmad

Sabah berwaspada kelincahan Fandi Ahmad

Penyerang lincah pasukan PKNP FC yang juga penyerang kebangsaan yang telah menjaringkan satu gol bertemu Selangor harus dirantai kemas dalam pertemuan kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 11 Ogos 2018, jam 8.15pm.

Bahagian pertahanan Sabah harus berwaspada khususnya penyerang ini mempunyai skill dan kebolehan menjaringkan gol pada sudut yang sukar.

Pemain ini gemar berlegar-legar di belakang pertahanan tengah dan hanya menunggu lorongan bola yang kemas untuk membuka peluang jaringan.

Diharapkan pertahanan Sabah yang diketuai oleh ketua pasukan, Rawilson Batuil bersama pertahanan import Francis Kasonde peka menutup ruang, merantai pergerakan penyerang lincah ini.






Taktikal yang cemerlang oleh jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim jelas memberikan kejayaan buat PKNP FC pada perlawanan menentang Selangor.

Ini adalah kesebelasan utama PKNP FC ketika bertemu Selangor dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2018: Syazani Fuat (penjaga gol), Azraei Omar, Khuzaimi Piee, Ritus Krjauklis, Muhammad Safar, Ibni Khozaimi, Sukri Hamid, Kim Sang Woo, Norhakim Isa, Hafiz Ramdan (ketua pasukan), Fandi Ahmad

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog