Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 7 Ogos 2018

Malaysia Tewas 1-2 Pada Aksi Persahabatan Menentang China

Malaysia Tewas 1-2 Pada Aksi Persahabatan Menentang China

Baca Juga:
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
Sabah bukan hanya pasukan pelengkap
4 calon ketua jurulatih Selangor
Persahabatan: Malaysia U23 1-2 China U23


KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) – Skuad bola sepak negara Bawah 23 (B-23) tewas 1-2 kepada skuad B-23 China pada aksi pemanas badan menjelang Sukan Asia 2018 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Changzhou, China, malam ini.

Pada aksi berkenaan, skuad muda negara terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-14 sebelum pasukan tuan rumah bangkit melakar dua jaringan menerusi sepakan penalti Zhang Yuning pada minit ke-38 dan gol padang Chen Zhechao pada minit ke-53.

Mengulas mengenai keputusan perlawanan, jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan pemainnya, namun sedikit kecewa dengan ketumpulan jentera serangan.

“Babak kedua kita beri ruang kepada China dan mereka memanfaatkannya dengan baik.

“Secara keseluruhan, banyak peningkatan dipamerkan dan sudah tentu kita ada 10 hari lagi untuk persiapan sebelum aksi sulung Sukan Asia 2018 di Indonesia,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.

Kredit: Bernama
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog