Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 7 Ogos 2018

4 calon ketua jurulatih Selangor

4 calon ketua jurulatih Selangor

Baca Juga:
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
Sabah bukan hanya pasukan pelengkap
4 calon ketua jurulatih Selangor

SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenal pasti empat calon yang berpotensi untuk dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, kata Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon.

Beliau berkata senarai calon berkenaan melibatkan jurulatih tempatan dan asing.

"Setakat ini, kita ada empat calon terdiri daripada jurulatih tempatan dan luar negara. Kita kena lihat dulu semua yang kita ada...tidak semestinya kena lantik jurulatih luar," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat bengkel tiga hari bermula Sabtu lepas, membincangkan hala tuju FAS di sini hari ini.

Turut berangkat hadir, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Presiden FAS Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Amirudin Shari.

Mengulas mengenai pengendali sedia ada, Nazliazmi Nasir, Johan berkata jurulatih berkenaan sudah melakukan tugas dengan baik, namun beliau masih memerlukan masa untuk mencapai kematangan menjadi jurulatih terbaik.

Kredit: Bernama
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog