Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 23 September 2018

Kelantan Gelisah Menang Tipis Ke Atas Sabah

Kelantan Gelisah Menang Tipis Ke Atas Sabah








Baca juga:

Sabah bawa satu gol berharga dari Kota Bharu

Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia

'Kisah Mitos' Kelantan perlu diteruskan
Tok Gajah dedah kelemahan terbesar pasukan Badak

5 Perkara menarik kekalahan Sabah ditempat sendiri

Pahang calar rekod bersih Sang Badak

KOTA BHARU, 23 Sept (Bernama) -- Kelantan gelisah selepas menang tipis 2-1 ke atas Sabah dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Ketua Jurulatihnya Yusri Che Lah berkata justeru itu beliau menuntut pemainnya untuk berusaha lebih keras dalam aksi timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu ini.

"Keputusan pada malam ini (malam tadi) memberi kegelisahan kepada saya kerana pasukan masih belum mempunyai bekalan selesa untuk beraksi di Likas. Ia memberikan sedikit kelebihan kepada pasukan Sabah kerana memiliki jaringan di tempat lawan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu semalam.

Dua gol pasukan The Red Warriors disumbangkan menerusi pemain importnya Aktyiar Dauishobekov pada minit ke-29 dan Nik Akif Syarihan Nik Mat pada minit tambahan perlawanan separuh masa pertama menerusi sepakan penalti, manakala gol pasukan Sabah dijaringkan oleh Hamran Peter pada minit ke-43.

Yusri berkata pemainnya perlu bersikap lebih bijaksana dan memanfaatkan sebarang peluang yang terhidang untuk mengumpul sebanyak mungkin gol bagi melayakkan Kelantan melangkah ke separuh akhir selepas ini.....
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog