Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 19 September 2018

'Kisah Mitos' Kelantan perlu diteruskan

'Kisah Mitos' Kelantan perlu diteruskan


Berdepan Sabah pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu Sabtu ini





Kelantan melakar kejutan dengan layak ke suku akhir selepas menewaskan pencabar terdekat, Kedah pada aksi terakhir kumpulan Ahad lalu.



Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan menjangkakan laluan peringkat suku akhir perlawanan Piala Malaysia amat sukar dan memaksa Kelantan bekerja keras untuk memenangi setiap perlawanan.




Beliau berkata Kelantan akan bertemu Sabah pada Sabtu ini di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dengan penampilan pasukan pelawat itu dijangka berbeza berbanding ketika beraksi pada saingan Liga Premier musim ini.

Baca juga: Menjadi penyumbang artikel Buletin Sabah FA

"Jika kita lihat aksi dalam Liga Malaysia, mereka (Sabah) mencatatkan kemenangan empat perlawanan sebelum layak ke suku akhir dan ia satu keputusan yang memaksa kami (Kelantan) berkerja keras untuk menewaskan pasukan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada saingan peringkat kumpulan C, Kelantan berjaya melayakan diri ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan terakhir kumpulan itu di Stadium Sultan Muhammad IV Ahad lepas.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani menyifatkan pada pertemuan peringkat kumpulan D pasukan Sabah menentang Pahang, perlawanan itu bukan aksi sebenar berikutan kedua-kedua pasukan sudah layak ke saingan suku akhir.

"Walaupun Sabah kalah 0-4 kepada Pahang, bagi saya itu bukan kekuatan mereka, jadi saya merasakan suku akhir kami bukan laluan mudah dan perlawanan itu memerlukan kesungguhan serta tekad yang perlu ditunjukkan pemain seperti ketika bertemu Kedah tempoh hari.

"Pemain tidak boleh leka dan dibuai dengan kejayaan layak ke suku akhir, bola sepak sesuatu kerja yang sentiasa bergerak pantas, kita harus terus berlatih," katanya.

Beliau yakin Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah akan mengkaji dan meneliti segala aspek untuk bertemu Sabah.

"Pemain perlu mempersiapkan diri dengan memperbaiki kelemahan yang dimiliki bagi memperolehi kemenangan pada perlawanan itu," kataya. - Bernama
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog