Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 18 September 2018

5 Perkara menarik kekalahan Sabah ditempat sendiri


5 Perkara menarik kekalahan Sabah ditempat sendiri



Kekalahan pasukan Sabah ke atas pasukan pelawat Pahang semalam 0-4 wajar menjadi pengajaran buat kita semua di mana pasukan Sabah memerlukan satu pasukan yang mampu bersaing dengan semua pasukan. Maksudnya adalah tidak hanya mengharapkan pemain utama tetapi seharusnya ada pemain pelapis yang mampu menggalas tugas sekiranya pemain utama ini direhatkan mahupun tercedera.

Sebanyak 7 perubahan yang telah dilakukan oleh Jelius Ating. Perlawanan ini tidak membawa sebarang makna kepada kedua pasukan. Hal ini memberikan peluang kepada pemain simpanan untuk membuktikan kebolehan mereka.

Kekalahan ini memberi banyak input terbaik bagi Jelius Ating kerana amat jelas sekali pasukan Rhinos ini masih memerlukan penambahbaikan dan pasukan kita masih lagi belum cukup bagus.

5 Perkara menarik kekalahan Sabah ditempat sendiri:

1. Sabah memerulakn satu pasukan yang besar untuk bersaing dengan pasukan yang lebih elit.

2. Pemain muda belum lagi mencapai level yang diharapkan dalam saingan Piala Malaysia.

3. Kebanyakan pemain yang beraksi semalam, kebanyakannya hanya pernah bermain satu atau dua kali dalam satu pasukan. Disebabkan itu agak nampak kesefahaman dalam mengatur perlawanan sangat terbatas.

4. Mafry Balang suda melepasi zaman kegemilangannya. Tidak dinafikan pemain pertahanan lasak Sabah ini merupakan pemain yang sangat-sangat bagus. Cuma dari segi pace, kelajuan pihak lawan menyebabkan pemain ini out dari permainan. Hanya pengalamannya saja yang membuatkannya terpilih dalam skuad utama Sabah. Selain kapten rawilson Batuil, sangat sedikit pemain pertahanan muda Sabah yang berkualiti mungkin kerana kurang aksi di peringkat tertinggi.

5. Tanpa berselindung dari kelemahan pasukan, Sabah memerlukan backup penyerang target man seperti Hector Ramos Lebron. Kebanyakan penyerang pasukan Sabah jenis kecil-kecil dan tagap. Dari segi saiz fizikal amat menjadi masalah buat Sabah ketika hold bola ketika menyerang. Pasukan Sabah seharusnya suda mula mencari penyerang seperti ini, pasti ada sekiranya pihak SAFA turun padang ke pelusuk daerah Sabah.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog