Perlawanan paling sukar dalam saingan Piala Malaysia
Baca juga:Ramalan line up Pasukan Sabah
Game plan terbaik elak tewas di Ipoh
Semangat Kinabalu pemain Sabah atasi imbuhan
Rodoljub mahu bantu Sabah layak ke final
Review perlawanan separuh akhir pertama Perak dan Sabah
Bakal menerima RM 15 000 seorang pemain Perak
Sabah perlu menggandakan usaha jika mahu mengatasi Perak dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak di Ipoh, malam esok.
Pengendalinya, Jelius Ating mengakui pertemuan dengan skuad The Bos Gaurus adalah antara aksi paling sukar bakal dihadapi Sabah musim ini namun dia tetap yakin barisan pemainnya mampu mengejutkan pasukan tuan rumah.
"Perak sebuah pasukan kuat, mereka naib juara Liga Super. Oleh itu menggandakan usaha adalah jalan terbaik untuk kita mengatasi mereka.
"Kami pernah mengejutkan beberapa pasukan Liga Super sebelum ini dan tidak mustahil melakukannya sekali lagi, kami akan cuba sedaya upaya memberi saingan kepada Perak kerana saya percaya dalam bola sepak apa pun boleh berlaku," katanya.
Jelius berkata, persiapan pasukannya berjalan lancar dengan semua pemain bebas kecederaan serta bersedia untuk beraksi.
"Kita hanya tidak dapat menggunakan Randy Baruh yang masih menjalani penggantungan perlawanan akibat kad merah pada aksi suku akhir pertama bertemu Kelantan, tempoh hari.
"Keadaan pasukan kini begitu baik, mereka sangat bersemangat untuk mengharungi aksi penting ini," katanya.
Pada aksi malam esok, Jelius berkata, dia akan mengekalkan kesebelasan utama ketika menewaskan Kelantan pada suku akhir kedua di Stadium Likas, Ahad lalu.
Jurulatih berusia 47 tahun itu dijangka mengekalkan Rozaimie Rohim selaku benteng terakhir, dibantu empat pertahanan iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Alto Linus dan Dendy Lowa yang menggantikan tempat Randy.
Sabri Sahar dijangka sekali lagi menjadi 'arkitek' di bahagian tengah, dibantu Mohd Azzizan Nordin, Maxsius Musa dan Hamran Peter manakala dua penyerang import Rodoljub Paunovic serta Hector Omar Ramos kekal sebagai pemburu jaringan.

0 comments:
Catat Ulasan