Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 5 September 2018

Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng - Afif



Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng - Afif

Baca juga:
Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018

KUANTAN: Pemain pertahanan Pahang, Afif Aminuddin mengakui kubu skuad itu perlu diperkasakan jika mahu misi ke final Piala Malaysia menjadi kenyataaan.



Pemain kelahiran Kelantan itu berkata, tiga gol yang dilepaskan ketika tewas 3-1 kepada Selangor pada 1 September lalu, memberi pengajaran untuk tidak memandang mudah keupayaan lawan.



"Kami sememangnya tidak menjangkakan tewas dengan jaringan besar selepas hanya dibolosi satu gol sepanjang empat perlawanan,” kata Afif.



"Selepas tewas di tangan Red Giants, kami perlu lebih fokus dan tidak hanya menekankan matlamat memburu jaringan, sedangkan pertahanan perlu kekal konsisten.



"Apabila kami hilang tumpuan, ia menyebabkan lawan mengambil kesempatan dan pasukan tewas dengan jaringan besar dalam kempen Piala Malaysia."



Ditanya berkenaan tempoh rehat dua minggu, Afif bersama rakan sepasukan akan mempertingkat persefahaman terutama di bahagian pertahanan yang dilihat begitu goyah.



Katanya, biarpun skuad Tok Gajah sudah mengesahkan tempat ke suku akhir, perlawanan terakhir bertemu Sabah 16 September ini, adalah peluang terbaik menguji kekuatan jentera pertahanan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog