Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 2 September 2018

Seri bukan sasaran Sabah

Seri bukan sasaran Sabah



Satu mata mungkin sudah memadai untuk Sabah mara ke suku akhir Piala Malaysia, namun bagi pengendali pasukan, Jelius Ating, mereka tidak hanya akan bermain untuk seri, sebaliknya bertekad menundukkan PKNP FC dalam aksi kumpulan D di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, malam esok.

Bagi Jelius, mengekalkan rentak baik lebih penting berbanding merancang strategi khas dengan hanya bermain untuk seri walaupun hanya memerlukan satu mata tatkala masih memiliki dua baki perlawanan di peringkat kumpulan.

"Seperti biasa, kami akan berjuang habis-habisan kerana ia adalah kewajipan pasukan dalam setiap perlawanan walaupun ia tidak semestinya berakhir dengan kemenangan.

"Kami akan layak jika menang atau seri tetapi pendekatan kami tetap sama, iaitu berusaha bersungguh-sungguh memburu kemenangan dan saya harap perlawanan esok akan berpihak kepada kami," katanya.

Jelius juga menambah bahawa mengubah rentak baik mereka ketika ini hanya akan membawa padah, justeru dia mahu anak buahnya tidak mengambil mudah baki dua perlawanan akan datang.

"Kami hanya perlu teruskan rentak baik itu kerana mengubah sesuatu yang baik mungkin hanya akan membawa padah dan saya tidak mahu mengambil risiko itu.

"Saya juga mungkin akan menggunakan barisan pemain sama ketika menewaskan Selangor 2-1 di Shah Alam tempoh hari dan kami akan bermain untuk memburu kemenangan walaupun sedar ia bukan satu tugas mudah kerana aksi malam esok juga penentuan hidup mati kepada PKNP," tambahnya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog