Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 3 September 2018

Piala Malaysia: Gilmar bawa Perak ke suku akhir

Piala Malaysia: Gilmar bawa Perak ke suku akhir




TFC 1 PERAK 2


Dua jaringan Gilmar Da Silva membantu Perak mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang 2-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi Kumpulan A di Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Skuad The Bos Gaurus tidak menunggu lama untuk menguji kubu tuan rumah, menyaksikan rembatan Gilmar dari luar kotak penalti ditepis Mohd Suffian Rahman pada minit kelima.

Mohd Suffian begitupun gagal menghalang sepakan leret Gilmar yang berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk meletakkan Perak satu gol di depan pada minit ke-21.

Perak semakin agresif dengan hantaran berbahaya Brendan Gan (m-29) dari sebelah kanan gagal disudahkan dengan baik Firdaus Saiyadi sebelum percubaan Nasir Basharudin (m-32) tepat ke dakapan Mohd Suffian.

Tiga minit sebelum rehat, Mohd Suffian terus menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi kali kedua apabila menyelamatkan usaha Nor Hakim Hassan dari dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu memasukkan Abdul Malik Mat Ariff untuk mengubah persembahan tidak bermaya TFC.

Hasilnya mereka mula memperkemaskan rentak dan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-65 melalui Ashari Samsudin yang menyambar sepakan sudut Lee Tuck.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, menyaksikan percubaan pemain pelawat, Brendan (m-78) serta tandukan Abdul Malik (m-82) gagal menepati sasaran.

Perak akhirnya pulang selaku pemenang apabila Gilmar menjaringkan gol kedua peribadi dan pasukannya pada minit ke-86, sekali gus mengiringi TFC yang sudah layak lebih awal.

Berkongsi 10 mata bersama TFC dengan baki satu perlawanan, kemaraan Perak dibantu kekalahan 3-4 Kuala Lumpur kepada Felcra FC dalam aksi berasingan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog