Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 2 September 2018

Sabah mahu kekal momentum



Sabah mahu kekal momentum




KOTA KINABALU: Walaupun hanya memerlukan satu lagi mata bagi mengesahkan tempat di suku akhir, Sabah tetap memburu kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang untuk berdepan PKNP FC dalam saingan kumpulan D Piala Malaysia, malam esok.



Pengendalinya, Jelius Ating berkata, mereka tidak memiliki 'strategi khas' dengan hanya bermain untuk seri pada dua baki perlawanan peringkat kumpulan, sebaliknya, mahu mengekalkan rentak positif pasukan ketika ini.



"Seperti biasa, kita akan berjuang habis-habisan kerana ia adalah kewajipan pasukan untuk berbuat demikian dalam setiap perlawanan walaupun ia tidak semestinya berakhir dengan kemenangan.




"Kita akan layak jika menang atau seri tetapi pendekatan kita tetap sama iaitu berusaha bersungguh-sungguh memburu kemenangan dan saya harap perlawanan esok akan berpihak kepada kita," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Jelius berkata, mengubah rentak baik mereka ketika ini hanya akan membawa padah kepada mereka, sehubungan itu, beliau mahu anak buahnya tidak mengambil mudah baki dua perlawanan akan datang.



"Kami hanya perlu teruskan rentak baik itu kerana mengubah sesuatu yang baik mungkin hanya akan membawa padah dan saya tidak mahu mengambil risiko itu.



"Saya juga mungkin akan guna barisan pemain sama ketika menewaskan Selangor 2-1 di Shah Alam, tempoh hari, dan kita akan bermain untuk memburu kemenangan walaupun sedar ia bukan satu tugas mudah kerana aksi malam esok juga penentuan 'hidup mati' kepada PKNP FC," katanya.



Sabah kini mendahului kumpulan D dengan 10 mata hasil daripada tiga kemenangan dan satu seri manakala PKNP berada di kedudukan ketiga dengan empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan kalah sekali.



Sementara itu, Pahang yang kini menduduki tempat kedua dengan lapan mata mungkin akan mengesahkan tempat mereka di suku akhir sekiranya berjaya menundukkan Selangor, malam esok.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog