Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 11 September 2018

Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan mantap

Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan mantap




Baca juga:
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja


Tiada tanda gelisah terpamer di riak wajah pengendali Pahang, Dollah Salleh, walaupun skuad Tok Gajah mempamerkan prestasi hambar dalam dua aksi terakhir Piala Malaysia yang berpunca daripada ketumpulan jentera serangan.

Biarpun layak ke suku akhir tanpa perlu bekerja keras, prestasi Pahang kebelakangan ini menimbulkan persoalan, termasuk tewas 1-3 di tangan Selangor di laman sendiri.

Keadaan itu nyata mencetuskan tanda tanya adakah motivasi juara tiga kali itu merudum untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia selepas menjulang Piala FA, musim ini.

Bagaimanapun, Dollah menepis dakwaan itu sambil menyatakan kehadiran semula Patrick Cruz bakal menutup kelemahan di jentera serangan.

"Saya tidak khuatir dan percaya pasukan Pahang boleh pergi lebih jauh lagi.

"Patrick Cruz baru kembali ke pangkuan pasukan dan dia kelihatan belum cukup cergas dalam aksi pertamanya tempoh hari.

"Kami akan menggunakan kesempatan rehat selama dua minggu ini dan perubahannya akan dapat disaksikan selepas ini," katanya.

Mengenai aksi dalam suku akhir, Dollah sudah sedia berdepan mana-mana pasukan, sama ada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), atau finalis musim lalu, Kedah.

"Kalau dilihat perjalanan Pahang ke final Piala FA sebelum ini adalah sukar.

"Saya lebih menyukai situasi sukar berbanding selesa kerana risau corak persembahan anak buah saya berubah.

"Biar kami berjumpa pasukan mantap agar kami lebih fokus," katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog