Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 15 September 2018

Live Match: Sabah vs Pahang, Peluang pemain muda bukti kehebatan



Live Match: Sabah vs Pahang, Peluang pemain muda bukti kehebatan

Berita yang mengembirakan kepada peminat bola sepak Sang Badak, di mana akhirnya siaran langsung perlawanan bola sepak antara Sabah menentang Pahang akan live di Astro CH870 (Radio).

Keterujaan ini kerana sudah lama pasukan Sabah live di tv/astro. Ini adalah peluang kepada peminat yang jauh dari stadium Likas melihat lebih dekat aksi peemain pujaan mereka. Walaupun hanya Ch Radio saja tetapi peminat mengharapkan agar pihak tertentu akan memberi peluang kepada pasukan Sabah untuk bersiaran langsung di TV.

Perlawanan terakhir dalam kumpulan D saingan Piala Malaysia 2018. Kedua-dua pasukan telah pun melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Ramai peminat bola sepak Sabah berharap agar Jelius Ating dapat memberi peluang untuk pemain pasukan simpanan untuk membuktikan kehebatan mereka.

Antara pemain yang mahu dilihat oleh peminat untuk beraksi antaranya Dendy Lowa, Elias Sulaiman, Justina Samaan dan ramai lagi pemain muda yang belum beraksi untuk pasukan senior.

Disamping itu juga bagi memberi waktu rehat yang cukup kepada pemain utama dan menghindar dari sebarang kecederaan.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog