Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 15 September 2018

Peminat Sabah FA kecewa tiada Siaran Langsung di TV tempatan








Peminat Sabah FA kecewa tiada Siaran Langsung di TV tempatan

Rata-rata peminat pasukan Sabah FA kecewa kerana tiada siaran langsung di TV tempatan yang melibatkan Sang Badak. Kali terakhir siaran langsung yang melibatkan pasukan Sabah FA adalah dalam pertemuan Liga Perdana menentang MISC-MIFA pada 12 Mac 2018 yang lalu.

Penyokong mahukan siaran langsung di TV tempatan supaya peminat yang tidak sempat hadir ke stadium Likas, Kota Kinabalu dapat melihat aksi pemain Sabah di kaca TV.

Tambahan pula pada masa sekarang ini pasukan Sabah berada dalam Form terbaik, dengan menjadi juara dalam kumpulan D saingan Piala Malaysia.

Sabah FA akan menentang pasukan Tok Gajah di stadium Likas pada 16 September 2018 jam 8.15pm yang hanya bersiaran langsung di Iflix. Pihak tertentu seharusnya lebih bersikap adil dalam melakukan pusingan siaran langsung supaya semua peminat bola sepak mendapat layanan yang sama rata.

Kedua-dua pasukan ini telah pun mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia.



Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog