Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 14 September 2018

Sabah, Melaka sertai buruan ibu segala pingat



Sabah, Melaka sertai buruan ibu segala pingat

Baca juga:
Contohi Shahrel penyerang berbakat Malaysia
Tiada perubahan jadual Piala Malaysia
Jelius tidak fikir lawan di suku akhir
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari


IPOH: Sabah dan Melaka menjadi dua pasukan terakhir yang mara ke suku akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) sekali gus menyertai enam lagi pasukan yang masih bersaing untuk memburu pingat emas dalam acara itu yang dianggap ibu segala pingat.



Kedua-dua pasukan itu berada dalam Kumpulan C bersama satu lagi pasukan iaitu Pulau Pinang yang berentap di Padang Sintetik Parit Buntar.



Sabah seri 1-1 dengan Pulau Pinang malam tadi untuk membolehkan Sabah dan Melaka mara.




Agak menarik dengan apa yang berlaku dalam kumpulan ini kerana ketiga-tiga pasukan mengharungi cabaran tanpa sebarang kemenangan atau kekalahan.



Masing-masing hanya mengutip dua mata tetapi Sabah dan Melaka muncul juara dan naib juara berdasarkan kelebihan jaringan.



Di peringkat suku akhir yang akan diadakan esok, Melaka akan menentang juara Kumpulan D, Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sementara Sabah pula melayan naib juara Kumpulan D iaitu Pahang di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.



Kedua-dua perlawanan berlangsung serentak pada jam 4.15 petang.



Dua lagi perlawanan suku akhir berlangsung jam 8.45 malam dengan juara bertahan iaitu Perak akan bertemu naib juara Kumpulan B, Wilayah Persekutuan di Stadium MPM, manakala Perlis yang muncul naib juara Kumpulan A berhadapan juara Kumpulan B, Terengganu di Stadium TLDM.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog