Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 13 September 2018

Jelius tidak fikir lawan dalam suku akhir

Jelius tidak fikir lawan dalam suku akhir




Baca juga:
Tok Gajah enggan kalah lagi ditangan Sabah
Debut cemerlang Rawilson Batuil dan Azizan Nordin
Harimau Malaya mengaum di Kemboja
Dollah lebih rela Tok Gajah jumpa pasukan lebih mantap
Keputusan Liga Negara Eropah
Impak Shahrel !!!
Azizan Nordin jelmaan Shakir Shaari

Pengendali Sabah, Jelius Ating, tidak kisah pasukan mana pun yang bakal dihadapi dalam suku akhir Piala Malaysia, sebaliknya lebih suka memikirkan bagaimana untuk memantapkan lagi pasukannya.

Walaupun masih memiliki baki satu perlawanan untuk saingan peringkat kumpulan, pasukan yang popular dengan gelaran Sabah Rhinos itu sudah pun mengesahkan kedudukan mereka di tangga teratas Kumpulan D dan sudah pasti lawan mereka dalam suku akhir nanti adalah naib juara Kumpulan C.

Dalam Kumpulan C, kesemua pasukan, iaitu MIFA, Kedah, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan masih memiliki peluang untuk layak ke pusingan kalah mati dan lawan Sabah nanti hanya akan dapat diketahui selepas aksi terakhir kumpulan itu.

"Tidak kisahlah siapa pun yang akan kami hadapi, kami telah pun menjuarai Kkumpulan D dan yang pasti kami akan bertemu naib juara Kumpulan C. Siapa pun yang kami hadapi sama ada JDT, Kedah, MIFA atau Kelantan, kami tetap bersedia.

"Daripada kami sibuk memikirkan siapa yang bakal dihadapi, lebih baik kami fokus untuk memperkuatkan lagi pasukan dan kami juga masih ada baki satu perlawanan di peringkat kumpulan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sabah akan melayan kunjungan Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Ahad ini, untuk aksi terakhir Kumpulan D, namun apa pun keputusan pada perlawanan itu, ia tidak memberi kesan kepada kedudukan kedua-dua pasukan itu.

Sabah dan Pahang telah pun menempah tiket ke suku akhir apabila masing-masing muncul juara dan naib juara Kumpulan D.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog