Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 16 September 2018

Aksi Sabah dan Pahang ditunda undang ketidakpuasan hati penyokong




Aksi Sabah dan Pahang ditunda undang ketidakpuasan hati penyokong



Aksi Sabah dan Pahang ditunda undang ketidakpuasan hati penyokong bola sepak tempatan. Mana tidaknya makluman pemberitahuan penundaan perlawanan tersebut dibuat sangat lewat. Hal ini menyebabkan mengundang kecaman dan ketidakpuasan hati penyokong kerana FAM sangat lewat memberi maklum balas.

Walauapapun alasan penundaan tersebut, pihak berkenaan harus tahu dan peka yang mana tarikh 16 September merupakan sambutan Hari Malaysia yang disambut seluruh rakyat Malaysia.

Sehinggahkan ramai penyokong bola sepak yang bertanya tentang hal tersebut seminggu lebih awal adakah perlawanan tersebut terus dijalankan walaupun tarikh yang sama menyambut pembentukan Malaysia gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Diharapkan pihak berkenaan harus lebih dinamik dan peka tentang sesuatu perkara supaya martabat badan FAM khususnya dalam peneraju kemajuan bola sepak negara agar dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia dan amnya kepada peminat bola sepak tempatan.

Laporan akhbar:

KUALA LUMPUR: Pertembungan antara Sabah dan Pahang di Stadium Likas malam ini ditangguhkan sehingga esok, bagi memberi laluan kepada program sambutan Hari Malaysia di sekitar kompleks sukan berkenaan, malam ini.



Menerusi kenyataan media dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini, keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri memohon untuk meminda aksi terakhir Kumpulan D, Piala Malaysia itu atas faktor keselamatan.


"Ini berikutan sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Padang Merdeka bermula jam 7 malam hari ini.










"Dimaklumkan, sambutan perayaan Hari Malaysia ini menjadi lebih besar daripada yang dijangka dan pengelola tidak mahu terdapat sebarang pertembungan aktiviti atas sebab keselamatan.



"MFL telah meluluskan permohonan pindaan dari kerajaan negeri itu dengan meminda perlawanan kepada tarikh baharu iaitu hari esok (17 September 2018) pada jam 8.15 malam," kata kenyataan itu.


Seramai 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di Padang Merdeka.


Program itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta turut dihadiri pemimpin kerajaan Sabah dan Sarawak serta Persekutuan.


Sambutan ulang tahun pembentukan Malaysia ke-55 itu turut menyediakan pelbagai acara termasuk persembahan lebih 800 murid sekolah serta upacara menandatangani Buku Catatan Hari Malaysia 2018, sebagai simbolik kepada penubuhan Malaysia pada tahun 1963.


Acara berkenaan akan diadakan di tiga lokasi iaitu di Masjid Negeri Sabah-Padang Merdeka, KK Central-Padang Merdeka dan Stadium Likas -Padang Merdeka yang bermula dari jam 4 petang hingga 12.30 malam ini.


Pasukan Sabah yang dikendalikan bekas pemain, Jelius Ating kini 'gah' muncul sebagai juara kumpulan selepas mengutip 13 mata, berbanding skuad Tok Gajah yang meraih lapan mata.



Kedua-dua pasukan sudah pun layak beraksi di pentas suku akhir yang dijadualkan berlangsung minggu depan.






Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog