Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 1 September 2018

Kedah benam JDT di Alor Setar



Kedah benam JDT di Alor Setar




ALOR SETAR: Kedah berjaya mencipta kemenangan apabila membenam Juara Liga Super lima kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-1 pada aksi Kumpukan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam ini.



Pada perlawanan ini, Kedah bermula garang dengan membuka jaringan awal pada minit ke-6 melalui percubaan pemain import Sandro Da Silva yang mendapat hantaran Khairul Helmi dan seterusnya berjaya menewaskan Farizal Marlias.



Gerakan jentera serangan yang dipimpin Sandro Da Silva dan hampir menjelmakan gol kedua Kedah pada minit ke-7 namun percubaan berjaya ditepis penjaga gol.




Keadaan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari gol dan JDT hampir bangkit mencipta gol pertama melalui penyerang Safawi Rashid pada minit ke-18 dengan gerakan pantas disebelah kiri gawang Kedah namun gerakan itu disahkan 'ofsaid' oleh pengadil.



Gawang Kedah sekali lagi diancam apabila Fernando Marques melakukan percubaan depan pintu gol pada minit ke-34 namun sempat ditampan keluar oleh Abdul Hadi Hamid dan selang dua minit selepas itu, Marques akhirnya berjaya menggembirakan penyokong JDT dengan gol pertama hasil hantaran pemain sayap Safawi Rashid menjadikan kedudukan 1-1 sehingga tamat babak pertama.



Dua minit selepas bermula babak kedua Kedah kembali ceria di depan dengan gol kedua oleh pemain muda Akhyar Rashid yang mudah melorong bola ke gawang JDT hasil hantaran Liridon Krasniqi yang kemudian ditampan pertahanan JDT Corbin Ong di depan pintu gol.



JDT meningkatkan serangan ke pintu gol Kedah melalui percubaan Fernando Marques pada minit ke-72 dan Hazwan Bakari pada minit ke -77 namun gagal menambah gol.



Malang terus menimpa JDT apabila Marcos Antonio dilayangkan kad merah pada m-89 berikutan terjahan keras keatas Abdul Hadi.



Dalam masa tambahan minit ke-94 Liridon berjaya menambah koleksi gol Kedah dengan larian dari kawasan pertahanan dan melakukan percubaan bola lambung terus ke gawang JDT.



Kedudukan 3-1 ini kekal hingga tamat masa perlawanan menyaksikan Kedah menambah tiga mata pada kedudukan carta Kumpulan C.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog