Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 8 April 2018

Biodata Lengkap Zainizam Marjan Penyerang Berbisa

Biodata Lengkap Zainizam Marjan Penyerang Berbisa


Biodata Lengkap Zainizam Marjan Penyerang Berbisa


Zainizam Marjan (lahir pada 11 Mei, 1980) merupakan pemain bola sepak yang boleh beraksi sebagai pemain tengah atau penyerang bersama pasukan Sabah di Liga Perdana Malaysia. Dia merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia. Dia adalah adik kepada bekas penyerang Malaysia dan Sabah pada era 90-an Matlan Marjan.

Baca Live Match Liga Malaysia 2018

Biodata Lengkap Zainizam Marjan Penyerang Berbisa

Nama penuh: Zainizam bin Marjan
Tarikh lahir: 11 Mei 1980 (umur 37)
Tempat lahir: Kota Belud, Sabah, Malaysia
Ketinggian: 1.65 m (5 ka 5 in)
Posisi permainan: Penyerang Tengah

Maklumat kelab

Kelab terkini: Sabah FA
Kerjaya remaja
1999 Piala Presiden Sabah
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln† (Gol)†
2000- Sabah FA (28)
Pasukan kebangsaan‡
2002-2004
2002 Malaysia B-23
Malaysia 3 (1)
6 (2)

Biodata Lengkap Zainizam Marjan Penyerang Berbisa


Kerjaya Zainizam Marjan


Zainizam mula mewakili Sabah pada tahun 2000. Mutu permainannya mula meningkat naik pada musim 2002 apabila dia berjaya menjaringkan 11 gol dalam 24 perlawanan untuk Sabah muncul sebagai pemenang tempat ketiga Liga Perdana I. Dia juga membantu Sabah muncul naib juara Piala Malaysia dengan menjaringkan 6 gol untuk ke perlawanan akhir.

Baca Justin Samaan 'Isco' Sabah FA

Persembahan mantap Zainizam membuka pintu kepadanya untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia. Dia kemudian membuat penampilan pertamanya ketika bertemu Myanmar pada 17 Mei, 2002. Dia juga membuat penampilan ketika bertemu Brazil dan terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia ke Sukan Asia di Busan pada 2002. Zainizam turut terpilih mewakili pasukan Malaysia ke Piala Tiger 2002.

Pada musim 2003, Zainizam membantu Sabah meraih tempat keempat dengan menjaringkan 4 gol. Dia sekali lagi membantu Sabah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi sekali lagi dihampakan oleh pasukan dari Selangor iaitu MPPJ Selangor dengan jaringan 3-0.

Selepas itu, Zainizam mewakili Malaysia bawah 23 ke Sukan SEA di Vietnam. Dia berjaya menjaringkan satu gol ketika pasukan bawah 23 Malaysia tewas kepada bawah 23 Vietnam di peringkat separuh akhir.

Selepas berakhirnya Sukan SEA, Zainizam sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia bawah 23 pada kelayakan Sukan Olimipik. Pada peringkat kelayakan itulah kali terakhir Zainizam bersama pasukan Malaysia.

Setakat ini, Zainizam menjaringkan 42 gol untuk Sabah.

Pencapaian
Tempat Keempat Piala Tiger 2002
Pingat Gangsa Sukan Asia Tenggara 2003
Naib Juara Piala Malaysia 2002, 2003
Gol Antarabangsa

Biodata Lengkap Zainizam Marjan Penyerang Berbisa

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandingan 1. 11 Disember, 2002 Kelana Jaya, Malaysia Kemboja 5-0 Menang Persahabatan
2. 11 Disember, 2002 Kelana Jaya, Malaysia Kemboja 5-0 Menang Persahabatan

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog