Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 4 Disember 2018

Siapa pemain terbaik Sabah FA musim 2018?

Siapa pemain terbaik Sabah FA musim 2018?

Musim Liga Perdana 2018 telah pun berakhir. Di mana Sabah mengahiri musim di tempat ke-6 liga dan layak hinggah ke separuh akhir Piala Malaysia. Terdapat peningkatan permainan pasukan di hujung musim khususnya dalam saingan Piala Malaysia. Menyingkirkan Selangor, Pahang dan Kelantan dalam perjalanan ke separuh akhir Piala Malaysia.

Ada beberapa pemain muda yang meningkat naik dan mampu memberikan sesuatu buat pasukan seperti Ricco, Janius Karib, Dendy Lowa dan Rahmansyah.

Siapa pemain terbaik Sabah FA musim 2018?

Rawilson Batuil dan Azizan Nordin telah dipanggil ke pusat latihan Harimau Malaya dan telah pun diberikan aksi perlawanan persahabatan.

Daripada undian peminat bola sepak Rhinos melalui Page Facebook Buletin Sabah FA mendapati pemain pertahanan kental Sabah, Rawilson Batuil mendapat undian terbanyak sebagai pemain terbaik pilihan peminat musim 2018. Dengan 280 undian sepanjang 4 minggu undian dijalankan. Di tempat kedua adalah penjaga gol berbakat Sabah Rozaimi Rohim dengan 145 undian. Rozaimi beraksi cemerlang ketika menyingkirkan Kelantan di suku akhir Piala Malaysia.

Rawilson Batuil layak diangkat sebagai pemain terbaik Sabah musim 2018 dengan aksi konsisten sepanjang musim. Gandingan bersama pemain import Zambia Francis Kasonde membuatkan pertahanan Sabah dilihat sebagai gandingan yang sukar ditembusi.

Tempat ketiga undian peminat adalah badang Sabah, Azizan Nordin sebanyak 130 undian. Azizan beraksi cemerlang sepanjang musim di bahagian tengah sebagai pemain tengah box to box.

Hasil Undian Peminat:

1. Rawilson Batuil- 280 undian
2. Rozaimi Rohim- 145 undian
3. Azizan Nordin- 130 undian

Bagi peminat bola sepak Sabah yang belum lagi LIKE page BULETIN SABAH FA, bolehlah follow page ini di- https://www.facebook.com/fanrhinos/

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog