Siapa yang patut kekal pemain import Sabah?
Musim 2018 suda berakhir, dan Liga Malaysia 2019 akan bermula tidak lama lagi. Pasukan lain telah sibuk dalam pasaran perpindahan pemain. Mari kita nilaikan prestasi 4 pemain import terakhir yang dimiliki oleh pasukan Sabah FA.
1. Hector Omar Ramos Lebron [8.5/10]
Bermain di posisi serangan dan mengetuai serangan Badak hampir keseluruhan perlawanan Liga Perdana Malaysia musim 2018 yang berasal dari Purto Rico. Pemain yeng telah menjaringkan lebih 10 gol dalam semua perlawanan bersama Sabah musim ini. Di awal musim menjadi bahan kecaman dan kritikan peminat bola sepak Sabah kerana dikatakan berat dan work rate yang rendah.
Pada pertengahan dan akhir musim, pemain ini membuktikan nilainya dengan beberapa siri jaringan penting. Pemain ini juga terpilih sebagai Pemain Terbaik Liga Premier PFAM-asiana.my edisi Jun 2018.
Baca Juga:
Siapakah G. Torairaju?
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019?
JDT Offer RM 65 000.00 sebulan Rawilson Batuil?
Taktik Thailand menjadi di Stadium Nasional Bukit Jalil
Hamid presiden sementara Safa yang baru
Mana silapnya bakat Leopold Alfonso Otong?
Seorang penyerang center forward@target man jenis lama di mana menggunakan kekuatan fizikal untuk menewaskan pertahanan lawan. Mempunyai penyudah yang baik dan bijak mencari peluang jaringan. Kelemahan penyerang seperti ini adalah, di memerlukan 2/3 pemain sokongan yang laju dan mempunyai kepakaran dalam membuat lorongan.- KEKAL
2. Rodoljub Paunovic [5/10]
Pemain yang berasal dari Serbia yang lebih dikenali dengan panggilan Roki di kalangan rakan-rakan. Berusia 30-an dan beraksi di posisi penyerang ataupun di belakang striker. Di bawa masuk agak lewat musim 2018 setelah pasukan Sabah gagal membawa masuk pemain import yang baru. Pemain yang boleh diharapkan kerana kebolehan beraksi di mana-mana bahagian posisi menyerang dan memberi kelebihan kepada pasukan ketika mengalamai masalah kecederaan. Bermain baik sepanjang bersama Sabah tetapi faktor umur membataskan sumbangannya kepada pasukan.- CARI PENGGANTI YANG LEBIH BAIK
3. Keisuke Ogawa [2/10]
Pemain yang berasal dari Jepun yang diikat kontrak selama 6 bulan oleh Safa. Harapan yang menggunung di bahu pemain ini agar menyeimbangkan masalah di bahagian tengah Sabah. Tetapi ianya tidak menjadi dan pemain ini menghabiskan banyak masa berada di bangku simpanan kerana kecederaan. Mendapat banyak kritikan kerana rasional pemain ini di bawa masuk menggantikan pemain import dari Korea, Jeon Yong.- DILEPASKAN
4. Francis Kasonde [9/10]
Francis Kasonde adalah pemain kebangsaan Zambia yang beraksi di bahagian pertahanan. Mula beraksi berasama Sabah pada tahun 2017. Dua musim yang cemerlang buat Kasonde bergandingan dengan pemain kental dan juga ketua pasukan Rawilson Batuil. Pengalaman yang ada pada pemain ini telah mematangkan permainan Rawilson Batul yang menyebabkan dia telah dipanggil ke dalam skuad Harimau Malaya pertengahan tahun ini. - SEHARUSNYA DIKEKALKAN
Ini adalah pandangan admin sebagai peminat bola sepak Sabah...korang pula macam mana ek? @fanrhinos
0 comments:
Catat Ulasan