Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 1 Disember 2018

Hamid presiden sementara Safa yang baru

Hamid presiden sementara Safa yang baru


Seperti yang kita ketahui SAFA sekarang melalui krisis kepimpinan yang menyebabkan semua pihak khususnya penyokong dan pemain dalam dilema.
Krisis dalaman SAFA telah berakhir di mana Hamid Apdal menjadi presiden Safa yang baru menggantikan Alijus Sipil yang meletak jawatan. Ramai muka lama letak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi untuk memberi laluan kepada muka-muka baru. Sebagai makluman Hamid Apdal merupakan adik kepada Shafie Apdal.

Naib presiden Joehari Ayub, Benedict Topin dan Timbalan Presiden II, Datuk Rahman Zakaria dikhabarkan akan meninggalkan SAFA sama seperti bekas presiden, Alijus Sipil. Naib presiden Joehari Ayub meletakkan jawatan bagi memberi fokus kerja dalam FAM.

Cabaran utama kepada kepimpinan baru Safa ialah menyelesaikan isu tungakkan gaji pemain yang difahamkan suda 5 bulan tidak bergaji. Di samping itu juga adalah isu dana pasukan yang kering kontang. Diharapkan dengan kepimpinan baru ini memberi keyakinan pelabur luar melabur dalam skuad Rhinos.

Terdapat khabar angin kononnya pengurusan baru bercadang utk menggugurkan Ketua Jurulatih Jelius Ating dan menggantikannya dgn jurulatih veteran G. Torairaju. Sebabnya, gaji jurulatih ini jauh lebih murah. Dikhabarkan gaji pemain juga hinggah kini masih belum dibayar.

Jelius Ating telah melakukan tugas yang baik musim ini. Dengan membawa Sabah hinggah separuh akhir Piala Malaysia. Pemain sudah serasi dgn cara beliau. Mengekalkan Jelius untuk musim hadapan adalah tindakan yg bijak sebaliknya jika SAFA melantik G.Torairaju adalah langkah yang sangat-sangat tidak bijak dan pastinya penyokong akan tidak senang. Toraiaraju yg sudah lanjut usia dan tiada rekod kecermelangan Torairaju sepanjang menjadi jurulatih.

Kami sebagai PENYOKONG Bolasepak Sabah mahukan Jelius, Burhan Ajui dan sebahagian besar pemain-pemain tempatan dikekalkan untuk musim baru.

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog