Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 3 Disember 2018

Siapakah G. Torairaju?



Siapakah G. Torairaju?


Tiba-tiba nama G. Torairaju trending di enjin pencarian google setelah khabar angin mengatakan bekas pemain kebangsaan ini akan mengendalikan skuad Badak saingan Liga Malaysia 2019. Ramai penyokong bola sepak Sabah tidak mengenali bekas jurulatih Melaka U21 ini.
Baca Juga:
G. Torairaju bakal mengendalikan skuad Badak musim 2019? 
JDT Offer RM 65 000.00 sebulan Rawilson Batuil? 
Taktik Thailand menjadi di Stadium Nasional Bukit Jalil 
Hamid presiden sementara Safa yang baru 
Mana silapnya bakat Leopold Alfonso Otong? 
Admin ada juga mencari maklumat tentang G. Torairaju ini tetapi yang didapati sangat sedikit. Di sini admin kongsikan sedikit maklumat yang admin perolehi dari pencarian beberapa hari ini.

G. Torairaju bukan nama asing dalam bola sepak tempatan. G. Torairaju pernah beraksi dan antara tonggak utama skuad Melaka satu ketika dahulu. Beliau beraksi di posisi pertahanan pernah menjadi pemain kebangsaan di era 80-an dan mewakilipasukan kebangsaan sewaktu kelayakan Olimpik 1980. Seangkatan dengan pemain seperti Datuk Soh Chin Aun, G.Torairaju, Ramli Junit, Hashim Marman, Lim Chuan Chin, Mazelan Wahid, Sapian Wahid, Shukor Adan dan beberapa nama lagi.

Pernah melatih DRB-HICOM dan kali terakhir mengendalikan AIR ASIA FC yang beraksi di Liga FAM musim 2015. Selain itu G. Torairaju juga pernah membimbing pasukan seperti NS Chempaka(chief coach) dan Pos Malaysia FC(coach).
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog